Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Thursday, December 30, 2010

Banner

Sempena tahun baru 2011.Pengambilan ahli2 baru juga mualah baru.Semoga tahun nie ramai budak2 kampung dibukakan hati utk bersama dan bersatu dibawah satu persatuan.

Wednesday, December 29, 2010

Yg tersirat


Bukan suka2 diilhamkan,tp ternyata penuh tersirat disebalik hijabnya.Itulah hasil ciptaan dr shabat ambo Saiful Si Merak 2 yg mengilhamkan LOGO persatuan kami.

Penuh dgn kata2 hikmah dan Hakikatnya.

Yg Tersirat - 
KS ABADI - Kelab Silat ABADI (Seni Gayung Patani)

Simbol 2 tali kanan dan kiri disimpul 5,diikat kukuh dipangkalnya dan menjulang tinggi di hujungnya
Membawa maksud  5 simpulkan tali kanan -Iktiqad tentang ALLAH,Rasul,Malaikat,Syurga dan Neraka (Ahli Sunnah Wal Jamaah)

5 simpulan tali dari kiri pula-Iktiqad tentang Rukun Islam
Petak 4 segi membawa makna Yg Mncari dan dicari,Ilmu dan amalan dijadikan pendinding diri

ABADI - bermaksud kekal didalam hati selamanya

Harapan Baru


Tahun baru 1432 hijrah bersamaan tahun 2011 membawa pengharapan yg besar utk KS ABADI.Selain dr matlamat dan pengisian yg ingin dipembaharui utk anak2 gelanggang,kami juga telah memberi nama pada gelanggang kami.Bukan tujuan utk bermegah2 tp utk menaikkan semangat didalam dada masing2 supaya kami tetap bersatu dan setia selamanya dalam mempelajari ilmu persilatan silat seni Gayung Patani ini.Walaupun masih baru tp demi mempertahankan warisan ini kami cuba dlm tahun hijrah yg baru yg baru shj disinari ini memberi satu suntikan semangat terhadap gelanggang kami.Selain dalam usaha membeli barang2 silat tidak semena2 selepas tamat ujian naik bengkung perang gelanggang kami telah mendapat namanya.
Maka terilhamlah akan namanya:-

Gelanggang Merak Kayangan
Antara kata2 yg terukir:-

Burung merak muncul kala senja menghias langit belahan barat,
seolah mengikuti perjalananku namun ia berjalan di depan langkahku, 
tersibak megah dengan indahnya bulu-bulu elok penuh warna yg mempesona itu,dari atas kepala tubuh dan ekornya, redup senyuman sang surya kala itu menyapa menambah ia semakin bercahaya. 
Saat aku menunduk mengaisi bulu-bulu yang jatuh dari badannya tersibaklah sebuah rahsia dari hatiku 

dia umpama merak kayangan
rupanya cantik warna kilauan
sehelai bulu laksana berlian
...segak dan gayanya membikin hatiku tertawan

beta umpama gagak di rimba
tak sepadan tak sebaya
ingin masuk ke syurga
bertemu jelita
menyampaikan hasrat rindu kepadanya

Janganlah Kalian Belajar Ilmu untuk Menyombongkan Diri terhadap Kaum Cerdik Pandai , untuk mencari pujian orang-orang bodoh atau untuk dipandang hormat dalam pertemua-pertemuan. Barangsiapa berbuat demikian, maka nerakalah baginya…
( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Monday, December 27, 2010

Kitab Rujukan

Kitab yg menarik utk dikongsi bersama.Tp nak dapat kat mana yeh.Versi Indonesia.Kalau ada shabat2 yg dah memiliki kitab nie bolehlah dikhabar2kan supaya tahu dimana boleh memperolehinya
 
Kesadaran Yang Menembus
Ultra Dimensi
Haji Syaifuddin Ma’rifatullah
Artikel Terpilih
Dari Lembaran Dakwah
Al-Khalifah
Tahun 2002-2009

Gelanggang Merak Kayangan

Pengambilan Merak2 baru terbuka mulai Januari 2011 di pelawa kepada shabat2 yg ingin mempelajari ilmu mempertahankan diri Seni Silat Gayung Petani hadir ke Gelanggang Merak Kayangan di Dewan Serbaguna SUngai Way pada setiap hari Jumaat pukul 9.00mlm
hubungi ambo atau shabat ambo...0126741311 / 0162590979

Menuntutlah ilmu kerana utk ilmu diri supaya kita berilmu dan dgn berilmu dapatlah menyelamatkan kita dari tipu daya

Untuk renungan

Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan thorikat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya.
"Siapa yang kenal dirinya akan kenallah pada Tuhannya"

Ujian Naik Bengkung

dr kanan - Kekanda Karim (Merak1),Kekanda Ejam (Merak3)
dr tenggah - Adinda  Nazrin
dr kiri - Kekanda Saiful (Merak2),Adinda Zahir (Merak4)
-merak2 mengikut usia bukannya kemahiran-


5 shabat dr Gelanggang Merak Kayangan 
Sg Way ( Gayung Patani)

Mlm Jumaat 24/12/2010 brtempat di UKM Bangi 5 shabat dr Gelanggang Merak Kayangan mngambil ujian naik bengkung perang.Mcm2 dugaan,anak nk bantal busuklah,tak bawak kain batiklah,sesatlah...mcm2 hal tp semuannya dugaan.
Allhamdulillah semuanya selamat,bertemu dgn Guru Lan merupakan peluang yg baik sekali krn bukan senang nak jumpa dhn Guru Tua.Masa nielah kita org ambik peluang borak sampai pg.Mcm2 ilmu dikongsikan dr ilmu silat hinggalah ilmu memgenal diri.Guru Lan jugak byk memberi nasihat dan byk bercerita mngenai kisah silam.Emmmmm...memang menarik sekali bukan senag nk dpat peluang keemasan sperti nie.Byk perkara dan ilmu yg dapat dikongsikan pd mlm tersebut.Apa2 pun semuanya memberi kenangan yg indah yg akan tersemat di hati.

Merak Kayangan
dia umpama merak kayangan
rupanya cantik warna kilauan
sehelai bulu laksana berlian
segak dan gayanya membikin hatiku tertawan
beta umpama gagak di rimba
tak sepadan tak sebaya
ingin masuk ke syurga
bertemu jelita
menyampaikan hasrat rindu kepadanya

Wednesday, December 15, 2010

Idaman kalbu








Baru dimaharkan didlam FB oleh Gelanggang Merpati Jepang.Ahhhhhh geramnya idaman kalbu,masih belum ada rezeki utk memilikinya.Cukuplah sekadar memaparnya didlm Gobok ambo sbagai tatapan dan renungan.Manalah tau suatu hr nanti mnjadi hak mutlak krn keseniannya yg menaikan aura naga dimata ambo yg membuat hati ambo mengelegak hndak memilikinya.Simpan duit lagi belum cukup nie.SAbar..sabar...sabar...

kata2


renung2kan kata2 semangat dr blog kesultanan sulu yg menaikkan semngat yg terpendam dlam kehidupan memartabatkan maruah dan ISLAM sbgai KEKUATAN bersatu


Ya Tuhan Semesta Alam, dengan berkat kekasih-Mu,
iaitu Muhammad SAW dan para Ahlul Baitnya,
Dan para sahabatnya yang telah Engkau janjikan syurga,
Dengan berkat para Syuhada' dan para wali-wali-Mu,
Serta berkat para hamba-Mu yang amilin dan Mukhlisina Lahuddin,
Satukanlah hati-hati kami agar terhindar dari perpecahan,
Teguhkanlah negara kami dengan bendera mulia ini,
Lembutkanlah hati para musuh-musuh kami,
Hapuskanlah segala niat jahat mereka,
Musnahkanlah segala sabotaj mereka,
Sirnakanlah segala buruk sangka dan adu domba mereka,
Sekiranya mereka tetap memerangi kami,

Dengan mereka bersama DAJJAL maka musnahkanlah,
Dengan mereka bersama KUFFAR hancurkanlah,
Dengan mereka bersama MUNAFIK ranapkanlah,
Berilah kami kekuatan memusnahkan mereka.......
Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Qahhar, Ya Mutakabbir!!
Ya Allah! Tiada kekuatan melainkan kekuatan Mu!
Bersedialah kalian buat yang bersorak gembira di sana,
Yang memperlekeh bangsa ini dan menghinanya,
Wahai musuh Allah pilihlah salah satu dari keduanya,
"KALIAN MAHU ISLAM ATAU BERI JIZYAH?


Tuesday, December 14, 2010

kata2 dr shabat

duduk2 berbicara tentang kebesaran ALLAH mendatangkan PAHALA dan byk memberi pengetahuan tentang kehidupan ini.SUBHANALLAH byknya perkara yg ambo tidak ketahui


Sesuatu benda dijadikan sebagai medium lantaran sahaja.
Hanya ALLAH yang Maha Kaya dan Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu kejadian dan ciptaanNYA
Anggaplah ianya sebagai lantaran dan dengan izin Allah s.w.t. jua,
terjadi sesuatu perkara itu maka, jadilah ia. 
Harus diingat! kita hanyalah memakai hikmatnya dan bukan khadamnya sebagaimana yang kita ketahui,  tiada apa yang kuat dan berkuasa selain dari ALLAH s.w.t tuhan Maha Pencipta pentadbir sekalian alam. Oleh itu, janganlah percayakan kehebatan keris ini yang boleh menghadirkan kekayaan yang boleh menjerumus kita kepada syirik 
(menyengutukan Allah yang Maha Agung).  
Ketahuilah sahabat-sahabatku, Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia.
Subhanallah

Monday, December 13, 2010

Pantun lama


Pesan guru umpama mutiara,
Jangan dipandang remeh dan sepi,
Bila langkah turun berkelana,
Jangan dilupa membawa besi.

Besi disisip teman musafir,
Bukan tujuan membuat jahat,
Bila berdepan musuh yang getir,
Badik menjadi pengeras semangat.

Walaupun besi digenggam erat,
Tetap berlaku apa yang tersurat,
Kepada Allah jua bergantung harap,
Kerana makhluk tak punya qudrat.

Besi ditempa tujuh muharam,
Dipilih dari tujuh ramuan,
Siapakah teman siang dan malam,
Tiadalah DIA melainkan Tuhan.

Besi bukan sebarang besi,
Besi berasal dari khursani,
Berkat ALLAH berkat nabi,
Jadilah aku gagah berani

Pameran keris

Location: PADAT Selangor (Muzium Shah Alam). Selangor, Malaysia

Persatuan Purba Nusantara Selangor (PURBA Selangor) dgn kerjasama Perbadanan Adat Selangor (PADAT) dan Jabatan Kebudayaan Negara akan menganjurkan festival keris Melayu yang akan berlansung:



Tempat: PADAT Selangor (Muzium Shah Alam)

Tarikh:13-19 Disember 2010

Aturcara:

1. 13-19 Disember 2010 pameran dan jualan keris

2. Seminar forum 18 Disember 2010

3. Pertandingan keris 19 Disember 2010

Thursday, December 9, 2010

Pantun lama


Apa diharap padi seberang,
Entah berbuah entah tidak,
Entah dimakan pipit melayang2,
Apa diharap keris tersayang,
Entah bertuah entah tidak,
Entahkan maruah bertambah hilang

Wednesday, December 8, 2010

Kefahaman.

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya  masing-masing.  Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin

P/S:-Buat shabat2 yg mempertikaian dunia baru yg hmbo ceburi

Pegangan

Ketahui dan yakini yg kehidupan di dunia hanya tempat persinggahan sementara,Janganlah sampai lupa diri dlm mengejar dan menghayati sesuatu ilmu.Amal kebaikan yang akan pasti menjadi bekal kita disuatu hari nanti dan jugak pasti menjadi pelita dalam kegelapan krn ia akan menjadi tempat pegangan untuk hidup selamanya

Berhati-hatilah dalam berbuat sesuatu dan kerjakan apa yang diperintahkan oleh-Nya.Berdirilah didalam kebenaran dan berpegang teguhlah kepada keyakinan kita (Keyakinan Pada Agama Islam) agar selamat hidup didunia ini
dan mendapatkan kehidupan yang jauh lebih baik di akhirat kelak.
Hmbo bukan taksub dgn dunia yg baru hmbo ceburi tp utk hmbo mengenali supaya hmbo mengerti sbelum hmbo melangkah ke dunia yg lebih nyata krn disini terselit ilmu2 ketuhanan yg perlu hmbo difahamiakan usul sesuatu kejadian.Krn telah mnjadi hakNYA dlm pencitaanNYA didlm sesuatu kejadian.

.

Alam Mistik


‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’”
(Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Bila berbicara bab ini ramai yg kurang senang dan byk hujah masing2 samada setuju dan sebaliknya.Soal berbicara mngenai kepercayaan pd barang2 seperti keris,batu mahupun kayu dan byk lagi.Bg hmbo yg amat daif dlm ilmu ini,hmbo yakin berdasarkan Firman ALLAH diatas tp janganlah sampai merosakkan AKIDAH.Hindarilah hingga ke SYIRIK iaini dosa yg paling besar.Jangan terlalu mengharapkan pd benda krn sesuatu benda itu tiadalah kuasanya jika bukan dgn izinNYA.Belajar dan fahamilah itulah kuncinya.Dan yg PALING PENTING merujuk firman ALLAH:-

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." 
-Surah At-Taubah ayat 129

Buat shabat2 yg singgah ke Gobok hmbo dan menatap coretan hmbo,hmbo minta maaf bukan niat hmbo nak tunjuk hebat didalam Gobok hmbo nie.Sekadar utk diri hmbo yg ingin mengenali ilmu2 ciptaanNYA,itu shj niat hmbo.Bukan utk menunjuk diri dan berbangga.Susahnya jika ada yg berfikiran sebegitu.Ingatkan ada yg memberi galakan tp sebaliknya yg terpahat.Malam awal muharram memberi ingatan buat hmbo apatah lg sibuk duduk brbicara brsama Abg hmbo dlm menjelajah dunia nie.Habis brbicara .....alamak....lain mcm pulak dibelakang hmbo nie.Serba mengemang dan berderau.Nilah yg leceh nie.Betul jugak kata2 dr Abg hmbo,lebih baik tak tahu,jika dah tahu tak senang duduk dibuatnya.Dlm ingatan hmbo puas hmbo mengatakan:

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."
 Biarlah kita hidup dgn berilmu agar dgn ilmu itu dapat mengenal yg HAK dan yg BATIL.Dgn berilmu jugak kita dpt terhindar dr tipu daya syaitan dan mnusia.Dgn berilmu jugak yg dapat membezakan mnusia2 yg  berada dilandasan yg benar dan carilah jugak sebanyak2 ilmu yg diredaiNYA utk bekalan di alam nyata.

Monday, December 6, 2010

Awal Muharram

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Dlm kesempatan ini hmbo mngucapkan selamat membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”
Bagi yg mengamalkan ilmu2 persilatan dan sebagainya bulan ini dinamakan bulan pengash ilmu.Tidaklah hmbo ketahui akan lebih lanjut mengenainya krn hmbo kekurangan ilmu.Eloknya disambut dgn amalan rohaniah bg memantapkan akidah dan amalan.Usahlah terlalu taksub dlm duniawi sehingga kita leka akan ketetapan hidup.

Sbagi renungan yg terjadi pd shabat hmbo yg sanggup beramal krn ilmu persilatan mahupun perubatan utk mengasah ilmunya dgn puasa dan sembahyang tahjud tetapi amat malang krn melupakan / meninggalkan suruhan WAJIBnya.Sembahyang 5 WAKTU diabaikan.
Agar menjadi petunjuk jugak buat hmbo dlm mengenali ilmu2 ALLAH.Dlm bulan ini telah dinyatakan byk peristiwa penting yg telah berlaku.Agar kedatangan bulan Muharram kali ini berjaya membawa HIJRAH dlm diri kita.Carilah ilmu yg nyata yg pastinya akan membawa manafaat dlm kehidupan kita didunia mahupun di akhirat kelak.
Penghayatan hijrah amat penting kerana kekuatan Islam yang sebenar tercetus bermula dengan HijraturRasul SAW ke Madinah. Mari kita menyatu dengan agama kembali. Mari kita hijrah dr tiada pengetahuan kpd berilmu.Tidak salah mempelajari selain ilmu akhirat tetapi biarlah selari dgn akidah.


Saturday, December 4, 2010

Kata2 lama

Kerenah bersilat

Mlm tadi turun gelanggang sebiji mcm cerita kat atas.Tok Guru dgn 3 org anak muridnya.Yg lain lesap entah kemana.Last minute baru nak infom tak boleh turun.Entah le zaman skrg dah terbalik tok guru yg lebih semangat nak mengajar dr anak muridnya,mengeluh dibuatnya.Ujian naik benkung ujung tahun je.Anak2 murid semuanya mcm dah hebat pulak.Begitulah al-kisahnya bersilat zaman skrg,berbeza sungguh dgn zaman dahulu.Peruntukan masa dan semangat patut bersatu.Dahulu kala menuntut byk pergorbanannya.Anak murid merantau mencari tok guru di ceruk rantau lah nie zaman tok guru pulak mencari anak murid,tunggu anak murid dan ada pulak call anak murid nak confom ada atau tak training malam nie.Zaman dah berubah.Lagi pun bukan menjadi ukuran pd jumlah anak murid yg ramai yg penting pengisiannya dan tunjuk ajartok guru dan berkatnya.

Thursday, December 2, 2010

Perihal keris dan rahsianya

Hr nie hmbo nak ceritakan pasal pakaian utk keris.Mcm pakai baju le kiranya.Entah le nak percaya atau tak terpulanglah pd masing2 punya pengetahuan,asalkan jgn terkeluar dr akidah sudah le.Hmbo bertanya dan mencari rahsia2 perihal keris peninggalan warisan ini hanya utk pengetahuan dan pengalaman,agar hmbo dpt tahu akan cerita2 yg terselindung dan rahsia2 disebalik sebuah besi buruk yg bergelar KERIS.Krn setiap kejadian ada ceritanya,begitulah jugaknya.Usah TAKSUB krn ini semua adalah ciptaanNYA.

Sesungguhnya telah aku tinggalkan kpd kamu sekelian suatu yg jika kamu brpegang teguh dgnnya nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya iaitu KITAB ALLAH da SUNNAH2 NABI (riwayat  Al Hakim )

Dari cerita shbat yg arif tentang keris bercerita pd hmbo,jadi hmbo pun kabarkan utk bersama agar berkongsi cerita dan kalau nak bahaskan pun elok jugak,maka berceritalah shabat hmbo pd hmbo,berbunyilah:-

Kalau baju nya merah,  untuk perang dan jaga rumah..Garang katanya jika memiliki atau berbaju merah nie.Petuanya pulak dr shabat hmbo kalau nak balik kampung(rumah kosong)cabut kan dan letakan mata nya menghala ke atas,di ruang tamu,katanya......hmbo ringkaskan krn takut ada yg salah tanggap akan membuat si pencoroboh akan gentar.Lebih kurang begitulah.

Kalau kain nya,kuning ianya untuk berubat sahaja.

Apa yg hmbo tuliskan nie hanyalah utk pengetahuan hmbo supaya hmbo tahu akan rahsianya shj.Usah terlalu taksub krn sehebat2 manapun kita PASTI akan kembali ke tanah. Kajilah dan ambilllah ilmunya utk manafaat jgn sampai merosakkan akidah.Bertanya dan pelajarilah ilmu dr yg benar2 tahu jgn sampai merosakkan akidah.

kata2 dr seorang Ustaz mengenai harta warisan ini:-
Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.
Warisan Melayu bukan warisan Islam. Tidak rugi membuang warisan Melayu yang bercanggah dengan agama Islam dan mengekalkan warisan Islam.

TIADA SUATU PUN YG MAMPU MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT KECUALI DENGAN IZIN ALLAH.

Wassalam wallahualam.....




Wednesday, December 1, 2010

KekuasaanNYA..

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."
"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia." 
 
Baru shj memaharkan utk melihat khasiatnya.ALLAH jua lah YG MAHA PENCIPTA lagi MAHA MENGETAHUI.
Hmbo membeli utk mengetahui dan melihat sendiri akan khasiat yg diketahui.Tidak lebih drp itu.Bak kata org jika tak tahu cubalah tahukan.Makin byk perkara yg tahu makin luaslah pengalaman dan pengetahuan.Itu shj yg hmbo carikan dalam mengisi masa yg terluang.
 
 

Minyak Kambing Gurun

 

 Minyak Kambing Gurun RM30.00/25ml termasuk pos dlm Semenanjung

Minyak Kambing Gurun yg asli hasil tangan Cikgu Nasir,layari laman web cikgu nasir utk soal jual beli http://cikgunasir.blogspot.com/
Buat shabat2 yg bertanya  bolehlah terus menghubungi Cikgu Nasir.Hmbo pun dah beli,simpan utk kegunaan sendiri.Dengan harga yg berpatutan dan mampu memilikinya.Buat shabt2 yg bersilat elok simpan satu utk menyapukan pada sendi2 selepas bersilat.Minyak nie dah lama hmbo dengar kebaikanya.Kita hanya berusaha yg memberikannya tetap ALLAH.Jadi perlu jugak usaha selain berdoa.Jangan lepaskan peluang yg ada.Khabar2kan pada shabat2.
Kegunaan minyak ini telah byk terbukti jika membeli yg asli.Antara kegunaan yg hmbo ketahui dr Cikgu sendiri dan shabat2 adalah untuk :- 
  1.  penyakit astma/lelah- sapu pada bahagian leher
  2.  patah/terseliuh
  3.  luka-luka kecil
  4.  jagoan lelaki