Wednesday, January 12, 2011

kata2



Di Wajahmu Kulihat Bulan

Di wajahmu kulihat bulan
Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau ditatap insan
Yang haus akan belaian
Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan
Serasa tiada jauh dan mudah digapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan

Tuesday, January 4, 2011

Kefahaman.



Manusia digesa supaya menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya apabila mencuba menyingkap Rahsia-rahsia ketuhanan.

p/s dr shabat
 Fahamilah hakikat Muhammad yang sebenar.... carilah satu persatu... Tapi jangan pegi jauh-2 memang tak akan jumpa punya.... Cari ia dekat-2 jek.... Orang puteh tu dah naik sampai ke bulan tapi dia orang tak jumpa apa-2 pun... balik2 yang dia orang jumpa MUKA DIA BALIK.... tu la pasal dia orang x jumpa dan tidak akan jumpa....... cari salah tempat..... Last last dia orang cakap....In this world i'm a GOD......itu cakap orang yg dah putus harapan..... Dimana ada Allah disitu juga ada Muhammad.... percayalah Kawan dh jumpa dh...... tak jauh...tapi dekat jek....kalu jumpa satu jek tapi tak jumpa lagi satu belum selesai namanya..... ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT NH ILMU RASA..... SETAKAT RASE JEK BELUM CUKUP................MESTI NAK KENE ADE RASE DALAM RASE....... DAN SEBENARNYE MANUSIA TIADA RASE.............. HANYA ALLAH LAH YANG MEMBERI RASA............ -


Masih puas berfikir akan kata2 diatas.Makin ingin berilmu makin byk kefahaman yg perlu ditelitikan.Makin terserlah kelemahan dan kekurangan diri.Lemahnya diri nie kenapa masih alpa dan leka lagi nie.

kata2


kita bukan hidup pada tahun 1500.

kita hidup pada tahun 2011 di mana kita bukan lagi hamba pada tuan tanah atau apa2 ketuanan sekalipun.
kita bukan lagi petani yang perlu beras daripada tuan kelas atasan atau mana2 ketuanan.
kita bukan anjing yang boleh diikat leher kerana telah merdeka sejak lahir.
 
Durhaka? 

Itu hanya jika kita ada tuan atau ketuanan. tapi kita bukan anjing dan kita tidak bertuan. 
kita bukan lagi naik keldai atau kuda tapi naik kenderaan berpetrol. 
kita bukan dengar berita dari dalang wayang kulit tapi dari internet dan facebook. durhaka? pada siapa? bukankah kita manusia tak perlu sembah2 manusia atau tuan.

durhaka kita hanya pada Yang Maha Esa dan ibu bapa.

Sebab kita bukan anjing yang perlukan makanan daripada tuan

Sampai bila lagi kita harus berkelahi sesama sendiri.Sejarah dulu dah terbukti kejatuhan tanah melayu angkara siapa?Haruskah sejarah lama akan berulang kembali.

Sunday, January 2, 2011

Edaran


Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.Salah satu usaha murni dr gerakan persatuan gayong bagi memartabatkan warisan peninggalan nenek moyang kita.Patut diberi sokongan walaupun berlainan persatuan.Bak kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hialang Di Dunia"