Tuesday, December 27, 2011

aDaKaH EsOk masiH aDa!

Dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
 hari nie byk termenung dan mngeluh akan diri nie yg tak menepati apa yg disuruh.Entah lah hidup nie kdg2 tak tercorak seperti apa yg kite nak kan!!apatah lagi dgn kerenah2 hidup yg tak pernah putus...tp itulah sebenarnya liku2 kehidupan agar mencorak jiwa kite lebih mantang dalam melayari dan mengenali diri kite...

Padamu Aku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu

mENcaRi ARah...


Ya Allah ampunkanlah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunkanlah aku, kesalahan yang aku lakukan secara serius maupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja dan sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”


Wednesday, December 21, 2011

pERjUaNgaN hiDUp?

gambar adalah sekadar hiasan tiada mengena dengan catatan dibawah..

Apakah itu  perjuangan.....!
Sampai bilakah perjuangan hidup ku akan berakhir...!
Adakah perjuangan ku baru sahaja bermula...!
Bagaimanakah kesudahan perjuangan hidup ku ini....!
Betulkah jalan perjuangan yang aku turutkan ini....!

Hari ine catatan ambo byk berkisah pasal naluri perjuangan.Bila bercerite bab perjuangan hidup ini terlalu byk berkait.Yg hakikinya hidup ini memerlukan perjuangan tanpa perjuangan dimana letaknya kite.Dan yg paling penting perjuangan kite perlu berlandaskan ketetapan ILAHI.Pilihlah perjuangan yg mengikuti jalan yg benar.
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum walaupun kite tahu perjuangan itu sesuatu yg amat pahit dan berliku-liku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan.
 Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam.
 Kisah mereka yang mencari keampunan.
Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang.
 Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan

Tuesday, December 20, 2011

PrOmO LUahaN hAti.....

gambar tiada kena mengena dgn catatan dibawah hanya kata2 dari gambar yg memberi pengertian yg amat bermakna

Hari nie terbaca promo luahan hati dari blog Cikgu Hairul...bukan menyokong ataupun membantah tapi itulah kenyataannya.Kenapalah kisah melayu nie tak tamat2,Sama2 kite renungkan dimana kite letakkan asas perjuagan dalam membela nasib Agama,Bangsa dan Negara kite?

promo luahan hati dari blog Cikgu:-

Siapa pernah belajar silat? Saya rasa memang ramai orang Melayu yang tahu bersilat dan pandai silat. Pernahkah kita diajar untuk menyerang orang tak tentu pasal? Kalau ada pasal pun, jalan perundingan kan lebih baik. Kalau seorang Guru Silat mengajak anak muridnya berperang menentang penjajahan negara itu tiada pelik bunyinya. Tapi kalau seorang Mahaguru Silat mengajak anak muridnya berperang dengan orang awam yang menuntut haknya ini namanya PENGECUT!.

Kalau belajar silat cuma untuk menjadi bongkak, simpan je la ilmu tu bawah tapak kaki. Tak layak pun digunakan. Lagi tak layak untuk diajarkan kepada anak bangsa. Menjahanamkan bangsa dan agama lagi ada.
Bila pertubuhan silat dijadikan alat politik dan penyelamat kedudukan sesorang, sudah tiada makna belajar silat. Kita boleh tengok mana-mana pertubuhan silat yang menjadi alat politik dan menjilat ahli politik dimana tiap-tiap kali ada event mesti ada seorang dua menteri dapat anugerah. Tak pun menteri-menteri tu akan jadi VIP pada majlis tu. Kalau menteri tu salah seorang ahlinya tak apa la juga. Dah la bukan ahli, dapat anugerah mengalahkan guru silat sendiri. Nampak sangat nak menjilat.
Sekarang nampaknya ahli silat melayu dah kurang yang memakai resmi padi. Masing-masing nak pelepas diri. Dah jadi resmi lalang pun ada. Tak kurang yang mengikut resmi sabut. Semua ada kepentingan tersendiri. Penat lelah pengasas ilmu seni beladiri menyusun langkah agar anak muridnya menjadi orang berguna. Bukan sebagai penjilat menteri atau berbangga diri.
Saya ada segenggam.  Cuma secekak bukan segantang. Tak perlu pun ditunjuk-tunjuk. Berdoa semoga tidak terserempak dengan musuh. Bukan musuh yang dicari. Bukan musuh sedarah dan seagama yang diperangi. Ilmu ini ibarat seekor semut di atas seketul batu yang hitam diwaktu malam yang gelap gelita

Monday, December 19, 2011

rENuNgkAN DiRi ...


-Sehebat mana pun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina mana pun seseorang, pasti dia sudah pernah berbudi kepada orang lain. Ertinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina-menghina dan pecah-belah, kerana kita sebenarnya saling memerlukan-

sambil duduk2 melepak dgn shabat2 banyak perkara yg terkeluar dari mulut.Dari cerite bersilat sampai le berpolitik...dari cerite sejarah dulu sampai le sekarang nie...bab soal melayu nie tak habis2..berpecah,berdendam mcm2 lah lagi....lihat sahaja kesan sejarah kejatuhan kota melaka..anggkara siapa ye...buat generasi baru seperti ambo biarlah  barang yg lepas menjadi tauladan dan iktibar agar kite generasi baru ine dapat bersatu dan lebih memaham soal2 kehidupani.Biarlah kite berbeza pendapat dan politik tp jadikan ISLAM iaini agama ALLAH sebagai kekuatan dlm kite bersatu..

Sunday, December 18, 2011

siLAt pENgaNtiN

Selain bersilat dalam gelanggang,kami jugak menerima undangan dalam majlis2 perkahwinan.