Demi cintamu Teja pada Si Tuah, engkau berkorban apa saja untuk hidup bersamanya.
Belum pun tiba di Melaka Si Tuah menjampi sirih memutus cinta. Katanya kau bukan untuknya Semata dilarikan untuk Paduka.
Remuknya hatimu Teja tiada terhingga Terkenang kasih yang tak ke mana.
Kerana jasanya pada Paduka memperdaya kau dengan cinta Tuahpun diangkat jadi Laksamana. Tinggallah engkau Teja tanpa rela berendam air mata di istana Melaka bersuamikan Paduka
Semalam aku terkenangkan mu. Dalam tafakkur keayuan Doa aku terbayang keayuaan wajah keluhuran cintamu.
Kudoakan kau tidak keseorangan walau jauh dari keluarga.
Bahagiakah engkau Teja sewaktu hayatmu di istana, atau masih kesalkah hatimu merintih kasih pada cinta yang tidak kesampaian? Tuah kekasihmu itu, Teja Walau dijulang zaman bagai wira, Kuburnya entah di mana.
Mengenang nasibmu Teja aku terus khuatir tentang puteriku Khauthar Hanan. Biarlah tiada Tuah menghampirinya kalau manis hanya seketika tapi cinta bertatahkan dusta.
No comments:
Post a Comment