Ramai orang yang minat menuntut ilmu, tapi yang sedihnya mereka ini kurang adab sopannya. Bila sahaja kita melangkah masuk ke gelanggang baru, maka langkahlah dengan dada yang seperti tin kosong yang perlu di isi. Antara adab yang perlu dijaga ialah jangan kita war-warkan atau menunjuk-nunjuk ilmu yang telah dipelajari dahulu. ilmu yang kita tuntut dahulu simpan baik-baik dalam dada. Bila berada di gelanggang baru maka hendaklah kita jadikan diri kita seumpama kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa dan sedia menerima segala tunjuk ajar dari guru dengan sepenuh hati. Dan jangan pula membuat perbandingan ilmu yang baru dipelajari dengan ilmu kita dahulu atau dengan mana-mana ilmu lain. Apatah lagi memperlekehkannya. Bila berada di hadapan guru jaga tingkah laku dan percakapan. Bila guru bercakap kita diam dan tunduk. Jangan sekali-kali mencelahi percakapannya. Ingatlah wahai saudaraku sekeliannya, bahawa berkat ilmu yang dituntut itu terletak pada adab kita dengan guru…wallahua’lam
No comments:
Post a Comment