Friday, August 5, 2011

kERiS..


BERDASARKAN sejarah, keris telah wujud dan digunakan sejak abad ke-9 dan penggunaan keris cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan di seluruh nusantara.
Selain digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri pada ketika itu ia juga dianggap oleh sesetengah pihak memiliki kuasa magik dan perlu dihormati.
Keris memiliki pelbagai bentuk mengikut kawasan seperti Bali, Sumatera, Madura, Pattani, Bugis dan Jawa selain mempunyai keistimewaan tersendiri dan kebiasaannya ia terletak pada bilah yang berlekuk dan ada di antaranya yang berbilah lurus.Antara keistimewaan keris boleh dilihat melalui tiga jenis mata bilahnya iaitu panjang tegak, lok (berlekuk-lekuk) dan hukum (bilah yang lebih panjang).Misalnya, keris tanjung atau dikenali sebagai keris kuasa( keris yang aku paling idamkan nie...hihihi bile le nak cukup maharnya) hanya digunakan oleh para panglima manakala keris anak alang diberikan kepada ketua kampung atau penghulu.

sumber diperolehi dr blogger.

No comments:

Post a Comment