Aduhai..penatnya melayan hujjah2 kat FB...apa yg mnjadi ialah FITNAH berluar2sa hingga mnjadi perkara biasa je kalau melayan forum kat FB..terlalu taksub dlm berpolitik hingga lupa soal hukum2 ALLAH.entahlah nk nasihatkan kite balik kena dinasihatkan maka lebih baik diam je lagi senang
Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.
Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak
No comments:
Post a Comment