Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga.. suatu penyakit yang Allah SWT turunkan. Itu semua adalah kasih-sayang Allah SWT.. Allah sebenarnya nak mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah nak bagitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya
Apabila ujian datang menimpa.. Kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu. Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain lebih teruk dan hebat ujian diri mereka.
No comments:
Post a Comment