Thursday, April 12, 2012
sejarah
Dari sejarah kite dapat melihat dimana kelemahan dan dimana kekuatan. Bangsa asing mengkaji sejarah umat Islam kerana mahu mencari dimana asas kelemahan umat Islam. . Lebih malang lagi apabila kita sendiri miskin dengan sejarah sendiri, malah ada yang fakir dengan sejarah!
Tanpa sejarah, umat Islam hilang identiti dan akhirnya tidak mengenali dirinya siapa. Yang mereka tahu, orang Islam adalah bangsa dijajah bukan bangsa memerintah. Al-Quran menceritakan sejarah untuk memberitahu kita ini umat hebat, umat yang punya identiti sekaligus punya harga diri.
Perlu kita kembali kepada sejarah kalau kita mahu menghampiri kejayaan silam. ” belajarlah sejarah, kerana kita berjuang mengikut rentetan sejarah yang ditunjukkan oleh para anbiya!” Sekurang-kurangnya kita telah menghadam sirah perjuangan nabi kita Muhammad S.A.W.
Sejarah bukan sekadar dibaca rentetan tarikh dan waktu, kerana al-Quran tidak mengajar kita mengetahui bila ia berlaku. Tetapi, al-Quran mengajar kita pengajaran disebalik cerita sejarah. Ramai dikalangan kita membaca sejarah untuk menghafal tarikh tetapi jauh dari ibrah yang hendak disampaikan dari peristiwa tersebut. Maka sejarah menjadi subjek atau topik tidur kerana kononnya tiada nilai yang perlu diketahui.
Kembali kepada sejarah, umat ini akan cemerlang, gemilang dan terbilang. Umat yang bercakap dan berhujah tanpa pertimbangan sejarah adalah umat yang kosong dari perdoman dan pengalaman. Kita bukan sekadar bercakap dengan ilmu tetapi dibantu pengalaman dari kisah semalam. Semoga umat sedar untuk kembali menoleh kebelakang untuk maju kehadapan.
Selamat Membaca serta sama-sama membaca untuk dekat dengan Allah!
No comments:
Post a Comment