Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Thursday, December 2, 2010

Perihal keris dan rahsianya

Hr nie hmbo nak ceritakan pasal pakaian utk keris.Mcm pakai baju le kiranya.Entah le nak percaya atau tak terpulanglah pd masing2 punya pengetahuan,asalkan jgn terkeluar dr akidah sudah le.Hmbo bertanya dan mencari rahsia2 perihal keris peninggalan warisan ini hanya utk pengetahuan dan pengalaman,agar hmbo dpt tahu akan cerita2 yg terselindung dan rahsia2 disebalik sebuah besi buruk yg bergelar KERIS.Krn setiap kejadian ada ceritanya,begitulah jugaknya.Usah TAKSUB krn ini semua adalah ciptaanNYA.

Sesungguhnya telah aku tinggalkan kpd kamu sekelian suatu yg jika kamu brpegang teguh dgnnya nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya iaitu KITAB ALLAH da SUNNAH2 NABI (riwayat  Al Hakim )

Dari cerita shbat yg arif tentang keris bercerita pd hmbo,jadi hmbo pun kabarkan utk bersama agar berkongsi cerita dan kalau nak bahaskan pun elok jugak,maka berceritalah shabat hmbo pd hmbo,berbunyilah:-

Kalau baju nya merah,  untuk perang dan jaga rumah..Garang katanya jika memiliki atau berbaju merah nie.Petuanya pulak dr shabat hmbo kalau nak balik kampung(rumah kosong)cabut kan dan letakan mata nya menghala ke atas,di ruang tamu,katanya......hmbo ringkaskan krn takut ada yg salah tanggap akan membuat si pencoroboh akan gentar.Lebih kurang begitulah.

Kalau kain nya,kuning ianya untuk berubat sahaja.

Apa yg hmbo tuliskan nie hanyalah utk pengetahuan hmbo supaya hmbo tahu akan rahsianya shj.Usah terlalu taksub krn sehebat2 manapun kita PASTI akan kembali ke tanah. Kajilah dan ambilllah ilmunya utk manafaat jgn sampai merosakkan akidah.Bertanya dan pelajarilah ilmu dr yg benar2 tahu jgn sampai merosakkan akidah.

kata2 dr seorang Ustaz mengenai harta warisan ini:-
Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.
Warisan Melayu bukan warisan Islam. Tidak rugi membuang warisan Melayu yang bercanggah dengan agama Islam dan mengekalkan warisan Islam.

TIADA SUATU PUN YG MAMPU MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT KECUALI DENGAN IZIN ALLAH.

Wassalam wallahualam.....




No comments:

Post a Comment