belek punya belek terkenan pulak kat keris bugis nie..kalau tak ada aral melintang akan menjadi hak milik
Hari nie tak ada apa yg nak buat kat opis,jadi ambo merayau2 le kat alam cyber...cari punya cari terjumpa pulak blog Akak Hanizah (Blog Keris Permata).Disini ambo memperkenalkan blog akak sebagai tatapan shabat2.
Assalamu'alaikum dan Selamat Datang
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi mengunjungi Blog Keris Permata. Namanya sebegini sebab di sini diPamerkan pelbagai jenis keris dan batu permata.
Keris Permata mempamerkan kebanyakannya koleksi keris Allahyarham Abang Kandung saya, Allahyarham Abdul Haq Bin Abdul Hamid (Jun 1957-Feb. 2005. Al-Fatihah) yang telah meninggal dunia pada usia 47 tahun pada tahun 2005 di Hospital Pantai KL akibat serangan jantung kali ketiga. Saya tidak memerlukan koleksi keris ini dan jugak tidak menggunakannya jadi saya ingin menjual kesemuanya kepada sesiapa yang berminat dan ingin memilikinya. Koleksi ini telah dikumpulkan bermula sejak 1988, lebih 22 tahun yang lalu. Keris Permata dibina untuk tontonan umum dan juga untuk memperingati Allahyarham.
Kebanyakan keris ini adalah keris baru apabila dibeli tetapi mungkin ada juga keris yang lama.
Bagi sebarang pertanyaan, atau jika anda berminat untuk membeli apa saja yang dipamerkan di blog ini , sila emel saya di: e_biz06@yahoo.com atau SMS 017-6091917 dan berikan nombor rujukan keris seperti "Keris 1, 2, 3, 4, 5, batu permata dan sebagainya".
Seandainya anda telah membeli apa saja dari Keris Permata, walaupun ianya sudah menjadi milik anda, tetapi, kami akan terus mempamerkan keris itu di blog ini untuk tontonan seluruh dunia dan kami dengan sesungguh hatinya berharap anda boleh menerima dan memahaminya.
Akhirkata, sila tulis sesuatu di chat box kami supaya kami tahu anda telah melawat blog ini, dan letakkan link ke laman web atau blog anda.
Sekian, Terima Kasih.
Salam Sejahtera Dari Saya!
Hanizah
No comments:
Post a Comment