Mata bilah keris disediakan bersama batang pisang.
Tikamkan mata bilah keris pada batang pisang bagi membuang karat peringkat pertama.
Air kelapa tua digunakan bagi merendam mata bilah keris.
Rendamkan mata bilah keris di dalam ruas buluh berisi air kelapa tua.
Sediakan limau nipis yang dibelah bagi memudahkan proses mencuci.
Gosokkan limau nipis pada mata bilah keris bagi membuang karat peringkat kedua
Gambar diatas diambil dr blog shabat
http://blog.farulazri.com/.
Persoalan yg sentiasa menjadi perbualan adalah perlukah keris2 ini dimandikan bila tibanya Awal Muharram?telah banyak persoalan dan jawapan yg telah diberikan contoh apabila membaca maklumat pada blog shabat ini.Entah ambo nak komen banyak pun tak berani tp biarlah apa yg kite buat mngikut jalan2 ISLAM yg telah diberi panduan agar kite mengikut jalan2 yg diredhai..jangan sampai merosakkan akidah kite sudah,dan ada baiknya datangnya bulan nie kite sama2 mempertinggkatkan pengetahuan agama kite agar lebih mantap selain dari kite asyik sibuk dengan keris yg sudah pastinya tidak akan membawa apa2 manafaat dalam bekalan kite esok...bagi ambo tak salah pun nak mencuci keris bila2 hari pun boleh..lagi pun kite bukannya pergi berperang,keris asyik melekat kat dalam sarung je..kadang2 je dicabut untuk tengok2....renung2kanlah bersama termasuk buat ambo jugak yg meminati ilmu keris nie
Ambo bertanya pd seorang guru silat dan pencinta keris,komen beliau:-Saya tak buat, saya mandi keris ikut keperluan. Jika berkarat saya mandi dan minyakkan. Berhati2 dengan syirik kafi dan jali. Pegangan orang lain saya tak komen
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau padahal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu) yang tidak aku ketahui.”
No comments:
Post a Comment