Kenapa orang tua jadi kedekut bila kita hendak menuntut ilmu dengannya? Kadang-kadang mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang dimilikinya itu. Bila kita minta ilmu yang kita hajati, hanya jawapan ‘tak tahu’ atau ‘ambo tak dok ilmu tu’ atau ‘ dulu ado, tapi loni ambo tak ingat dh ‘ yang keluar dari mulut guru tua, padahal dadanya umpama gedung ilmu. Kalau kita datang dari jauh, maka pulanglah dengan tangan kosong. Kenapa mereka tak bagi? Apa silap kita? Pada pemerhatian Manira yang amat kerdil ini, selain tiada kelayakan banyak sekali sebab-sebab yang lain. Akan tetapi sebab yang paling besar kenapa kita tidak diterima menjadi muridnya adalah kerana kita ini TAK TAHU ADAB MENUNTUT ILMU DAN TAK RETI MENGHORMATI GURU.
Ramai orang zaman sekarang sangat meminati akan ilmu yang sebegini, akan tetapi yang menjadi kecacatannya adalah kerana mereka ini tidak beradab dan tak pandai mengambil hati guru tua. Sukalah manira memberi ingatan akan sesama kita, bila hendak berguru maka HENDAKLAH KITA MEMULIAKAN GURU KITA, BERI SALAM DAN CIUM TANGANNYA, MANIS WAJAH DAN LEMAH LEMBUT KELAKUAN KITA DI HADAPANNYA, BILA GURU BERCAKAP ATAU MENGAJAR KITA DIAM, JANGAN MENYAMPUK KATA-KATANYA, JANGAN TUNJUK LAGAK DAN PANDAI DEPAN GURU, BILA HENDAK BERTANYA, MAKA TANYALAH DIA DENGAN BERADAB, GUNAKAN BAHASA YANG PALING SOPAN, RENDAHKAN SUARA SEADANYA.
Ingatlah pesanan alim ulama bahawa “adab itu di atas ilmu”. Ini memberi erti bahawa berkatnya ilmu yang dipelajari itu adalah berpunca dari adanya adab, sopan santun. Sebelum menuntut ilmu, tuntut dan perkemaskan dahulu ilmu akhlak, adab, sopan dan santunnya.
No comments:
Post a Comment