Perkara yang dihalalkan dalam perundangan dan perlembagaan ‘mereka’ kini dibawa oleh musuh mereka membuatkan ‘mereka’ mengharamkannya lalu menghasut melalui media perdana untuk menanamkan rasa benci..kepada rakyat yg tidak ‘pandai berfikir’ dan tidak berilmu. Sedih melihat mereka yang tidak tahu apa-apa memberi ‘komen bodoh’ tanpa ilmu akibat termakan hasutan itu.
Pecah dan perintah…itulah agenda ‘mereka’….jika rakyat saling membenci dan berpenyakit didalam hati, maka senanglah hasutan disuntik, tambahan pula tiada pelindungan rohani, tiada ilmu ukhrawi.. semuanya berpandukan logik akal semata-mata..dengan pelbagai alasan logik, ‘rakyat bodoh’ akan termakan dengan hasutan itu…’ mereka’ ketawa lagi….
Dengan linangan air mata, aku berdoa semoga dibukakan hijab keadilan diserlahkan hakikat kebenaran di bumi Malaysia yang aku cintai. Lindungilah pejuang-pejuang agama kami Ya Allah.. walau pelbagai kebencian dan cacian diterima, ugutan dan segala bentuk ancaman.. berikanlah kami kekuatan dan kesabaran menghadapi ‘umat jahil’ yang semakin ramai ini…. Semoga mereka semua diberi hidayah dan dibukakan minda untuk berfikir..berfikir..berfikir… dan berfikir..
No comments:
Post a Comment