"Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".
Al-Fatihah buat semua Al-shayid yg memperjuangkan NYAWA mereka demi agama dan tanah air ini supaya mereka semua berada ditempatnya
“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)
Mati hidup semula
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula
Belajarlah untuk lebih mengerti dan memahami. Berfikirlah sebelum berbicara. Manusia tidak akan mampu memuaskan hati kita dan kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati mereka. Kata-kata ibarat perahu yang bila sudah terlajak kedepan sukar untuk diundur semula. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.
Pandanglah dengan mata hati dan rendahkanlah hatimu walau dimana dirimu berada. Cubalah untuk membantu walau diri rasa tak mampu.
Bersatulah kite demi masa depan yg cerah berpandukan Al-Quran yg telah diwasiatkan demi memelihara agama ISLAM.BErsatu dibawah panji2 ALLAH krn itulah permulaan penyatuan ummah.
Like!
ReplyDelete