Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Tuesday, November 30, 2010

Anak2 Kompang



Tahniah diucapkan hmbo pada gerakan baru Kompang Azhar Cawangan Sungai Way yg telah kembali diaktifkan semula dengan wajah2 yg baru terutamanya semuanya terdiri daripada anak2 muda warisan bangsa.Dengan peryertaan anak2 muda dalam aktiviti ini menampakkan sesuatu yg baru dan perlu ada bimbingan dari yg berwajib supaya minat mereka ini lebih luas.Selain bermain kompang mungkin jugak satu hari nanti boleh berkembang lagi dengan acara silat diselitkan dalam bermain kompang atau menambahkan peryertaan anak2 muda lagi dalam aktiviti ini supaya menampakan uhkwwah terjalin dalam mengeratkan silaturahim dalam kita beraktiviti.
Sekalung tahniah buat anak2 kompang dan orang yg menghidupkan kembali aktiviti ini semoga berpanjangan dan bertambah bilangan peryertaan.


Monday, November 29, 2010

PeSilat

gaya seorang pendekar

bercerita nak menjadi hebat di gelanggang bukan mudah seperti yg dikatakan.
bercerita hebat digelanggang bukan bermakna hebat diluar
bercerita lah utk kebaikan supaya org tak memandang sinis


Hujung minggu duduk2 bersama shabat2 berceritalah hal2 masing2.Ada cerita ini dan itulah.Tp yg menarik
 bila tersentuh bab SILAT.Ada shabat mengatakan silat nie lah lagi power dan cikgu nie lah yg hebat mengajar.Dr renungan hmbo sebenarnya kitalah yg perlu mempunyai azamnya.Cikgu gelanggang tak akan mengajar sepenuhnya jika dia melihat anak2 buahnya belajar mau tak mau aje.Cikgu memberi tunjuk ajar yg mengusahakan adalah kita didalam gelanggang.Tak kan lah cikgu pulak yg bermatian2 mngajar anak buahnya ambik tahu tak tahu je.Zaman sekarang menuntut ilmu silat bukan mcm dulu.Skrg nie seminggu sekali je turun gelanggang.Itu pun kira nasib le kalau faktor cuaca dan korum yg cukup.Kdg2 tu 2/3 org je yg turun.

Bagi hmbo empunya dirilah harus berusaha,kalau setakat di gelanggang je training ....susah le nak cakap.Kat umah jugak penting dan perlu.Persilat skrg bukannya full time bersilat seperti di zaman mak ayah kita dulu.Bersilat setiap malam.Latihan jangan cakap le lebih byk bergerak di dalam gelanggang dr duduk hisap rokok dan bersantai.Zaman nie semua nak hebat tp sebaliknya.Semuanya secara bergengster.Salah je siap 1 geng turun pi belasah sorang punya hal.Jgn cakap nak slow talk belum sempat dah pecah mulut dibelasahnya.
Bila mendengar cerita shabat2 pasal membelasah org nie tak hairanlah yg tak gagah pun tunjuk gagah sebabnya mempunyai kawan2 gengster.Bg yg tak mempunyai ramai kawan2 mcm mana agaknya.Itulah pentingnya menuntut silat krn inginkan sesuatu.Buatlah krn diri,keluarga dan yg PENTING krn NYA demi HAK kita.Usah peduli kata org yg mengatakan ini tak hebatlah itulah..sebenarnya itu semua dugaan dlm menuntut.Pokoknya USAHA dan AMALAN kita berterusan .Sepatutnya kita sokonglah pd shabat2 yg belajar silat dan jgnlah terlalu bercerita yg tak sepatutnya demi melihat anak2 MELAYU kembali bersilat.Berikanlah sokongan terhadap kawan2 yg ingin dan yg telah bersilat.Semua persilatan hebat jika yg menuntutnya bersemangat dan istiqamah.
Kalau tidak kenapalah Hang Tuah hanya berlima shabat.Tidak 10 / 100.Pasti ada tersirat dan tersurat.

Wednesday, November 24, 2010

Perihal Sundang@senjata lanun



Hmbo mendapat e.mail dr teman hmbo memaparkan keindahan dan kehalusan senjata idaman hmbo.Tak perlu dikatakan lagi bila mendapat tatapan yg cantik sekali.Bertambah geram lagi dalam idaman utk memilikinya.Sungguh terserlah pembikinannya subhanallah MAHA PENCIPTA YG MAHA AGUNG yg menjadikan sesuatu benda dengan kegunaan masing2.DIA lah yg mengizinkan sesuatu terjadi dgn izinNYA.

Tiada TUHAN disembah melainkan ALLAH YG MAHA ESA

Perihal keris dan rahsianya


Kali nie hmbo nak mencari cara2 pemakaian keris seperti diatas.Apa rahsia terselit dengan cara tersendiri.Nak selit keris dipinggang pun ada caranya dan ilmunya.Bukan suka2 sahaja nanti tercabar baru tau.Antara ilmu warisan nenek moyang yg patut tahu bagi yg meminati ilmu2 keris dan rahsianya.Hmbo akan menjelajah bagi mngetahui akan rahsianya dan bertanya pada iyg pakar.

Tekpi utk dijual

 
 
Dari rekebentuk TEKPI kepunyaan AZLAN GHANIE..
Jenis Besi MILDSTEEL..
Harga RM180.00 sepasang..
siap dlm masa 2minggu

boleh hubungi : Cik Meli 03 4025 5379

Tuesday, November 23, 2010

Muay Thai




Barangan Muay Thai tgh dicari oleh shabat2 yg sedang persiapan membuka gelanggang di kawasan hmbo.Bukan apa nak kuatkan fizikal badan.Yg join pun semuanya pangkat abg2.Alhamdulillah di bukakan hari shabat2 dalam mempelajari ilmu mempertahankan diri.Hmbo pun di pujuk oleh shabat utk join sekaki.Emmm patahlah lagi urat2 badan.Tp yg pentingnya shabat2 dapat bersatu dan duduk bersama,itulah yg penting.Ikatan ukhuwah yg dicari dalam ikatan prshabatan.Buat shabat2 yg dikenali jika terpasang niat nak memanaskan badan dan melonggarkan saraf urat bolehlah menghubungi abg hmbo dalam soal peryertaan krn abg hmbo lah org yg bertanggungjawab membawa muay thai dikawasan hmbo.Semoga diberkati oleh YANG MAHA PENCIPTA dalam usaha murni ini utk anak bangsa jugak.Teruskan wahai Abg Kamal walaupun pasti ada kata2 belakang yg kurang sedap didengari.

Perihal Sundang@senjata lanun



Telah byk jugak sejarah mngenai senjata kegemaran hmbo nie hmbo paparkan dlm mndapatkan maklumat mngenainya dan sejarah2 disebaliknya.Sejarah jugak telak membuktikan senjata nie kerap digunakan di Daerah Sulu / Moro.Ia tidak byk diketahui di Tanah Melayu dan dikenali sbgai senjata org2 bugis atau istilah kasarnya senjata lanun krn menjadi senjata utama di laut.

Sundang adalah sejenis senjata lama yang sering digunakan oleh pendekar bugis, pada zaman kerajaan bugis berkembang dikepulanan Markasa,jajahan empayar Bugis amat digeruni oleh pelaut dagangan terutama kapal dagang Potugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris.
Syarikat India timor dikuasa oleh Potugis, Belanda dan Inggeris telah membolot semua hasil dagangan kepulanan Melayu dan Riau membawa kesemua hasil ke negara eropah.

Orang bugis dikenali juga sebagai orang laut serta berkemahiran belayar dan amat cekap berperang, kesempatan ini telah digunakan oleh pelaut Bugis untuk bertindak balas menyerang kapal dagang asing.
Pihak kerajaan perdagangan India timor telah menubuhkan amada kapal perang untuk melindungan setiap kapal dagang negara mereka telah menganggap bahawa setiap kapal bugis adalah Lanun.

Senjata sundang adalah senjata wajib bagi pendeka bugis, bentuknya yang sedarhana panjang menyerupai sebilah parang atau pedang walau pun bentuk asalnya meyarupai sebilah keris panjang yang tidak berlok, panjangnya yang bersesuaian dalam menghadapi sebarang pertempuran jarak dekat disetiap sudut ruang dalam sebuah kapal yang sempat dan terhad.

Disebabkan pendekar bugis ini sering diburu dilautan, maka ramai yang terpaksa kedarat serta membuat negeri baru sehingga lah kedatangan lima bersaudara anak raja bugis ke Tanah Melayu

Banyak juga nama sebutan lain terutanya orang melayu menamakan senjata sundang ini sebagai keris sundang, dari sumba yang terdapat menurut cerita guru persilat yang pandai mengkaji rupa bentuk senjata dan kemahiran dalam pengunaan seni senjata bahawa senjata sundang ini tidak akan sumbing matanya kerana segala gerak tempur bahawa senjata ini tidak akan belaga atau dilagakan seperti permainan parang atau pedang.

Kedudukan senjata ini sentiasa diletak dibahagian belakang kerana adalah lebih mudah untuk bergerak didalam sebuah kapal perang yang menjalankan segala ativiti harian seperti memanjat tali layar dan sebagainya

Monday, November 22, 2010

Melaka asal usul ku

HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.

Renung2kan ayat di atas.Makin byk kita ketahui makin terselak akan rahsia2 kewujudan sesuatu perkara.Maka makin tertarik hati ingin lebih mengetahui akan rahsia2 yg belum diketahui.

Perihal Sundang@senjata lanun

Pengetahuan mengenai Sundang byk hmbo dapati dr sejarah Moro.Bermacam2 jenis dan bentuk rupanya.Adakah sejarah Sundang berasal dr negara tersebut?Krn mngikut sejarah Puak2 Moro jugak merupakan para nelayan.Menjadi senjata utama bagi mereka.

Apa yg hmbo ketahui setelah byk mengikuti perjalanan sejarah sundang ini dimana Sundang sinonim dengan masyarakat Melayu warisan kesultanan Sulu di Selatan Filipina. Senjata utama masyarakat di daerah ini adalah sundang.Di semenanjung Tanah Melayu, sundang tidak begitu popular berbanding keris, badik dan senjata lainnya.

Perihal Sundang@senjata lanun


Maka terlihat shj koleksi ini membuat hati bertambah geram.Senjata idaman yg hanya terpahat dihati.Belum ada rezeki dalam soal memilikinya.Almaklumlah disamping salah satu faktornya adalah maharnya.Disamping keseniannya cara permainannya jugak tgh dipelajari.Benar kata pepatah:-


Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

...Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Perihal Sundang@senjata lanun

Sundang yg berasal dr daerah SUlu /Moro

Kalis Sundang atau Keris Sundang adalah keris tradisi Tausug sejak dahulu kala. Beberapa jenis Sundang seperti Kalis Tulid (Lurus), Kalis Seku (Bersiku atau berlok), Kalis Taluseku (Separa Lok) telah menjadi kebanggaan. Telah menjadi gurauan Tausug juga bahawa keris Taming (kecil) adalah seperti ular kecil sedangkan Sundang adalah NAGA yang boleh menelan siapa sahaja.

Perihal Sundang@senjata lanun

Foto klasik 1900-an : pahlawan Tausug bergambar kenangan dengan anak perempuannya di Jolo, Sulu. Kelihatan di pingganya terselit Keris Sundang yang panjang dan besar

 penulisan hdmbo brdasarkan maklumat dr sumber2 yg sahih.Selain merujuk kpd guru2 mahupun shabat2,hmbo merujuk pd sejarah yg telah ditinggalkan dr blog2 sejarah utk mnjadi dan member panduan kpd pencari2 maklumat.Maklumat mngenai sejarah peninggalan warisan senjata sundang adalah yg amat hmbo cari2kan krn hmbo tertarik dgn keindahan seni sundang dan permianannya.
Sundang juga disebut sebagai senjata lanun yg berasal dr keturunan bugis mengikut setenggah pengkaji.Hr nie hmbo mndapat sedikit cerita yg terselindung mngenai sejarah sundang yg bersal dr Daerah Sulu.
Mengikut sejarah Sulu byk peninggalan sejarah mereka telah dihapuskan oleh Sang Penjajah dgn memutar belitkan peninggalan warisan bangsa yg dijajah demi utk mengagung2kan Sang Penjajah pula.Manakala ilmunya dicuri dan dinafikan haknya.Sehingga generasi yg mndatang susah dlm mengenali dan mncari akan ilmu2 dan warisan peninggalan nenek moyang.Dasar penjajah.

Maklumat dibawah hmbo perolehi dr http://tausug-global.blogspot.com



Kami menjelaskan secara panjang lebar berkenaan hal ini bukanlah kerana mahu mengagung-agungkan Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di Sulu semata-mata. Atau pun mahu menunjuk-nunjuka kelebihan dan keberanian Tausug dan merendah-rendahkan Bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara. Bagi kami inilah saja cara untuk menulis dan mendedahkan Sejarah Sulu yang selama ini tertimbus kepada dunia. Spanyol dan Amerika Syarikat berjaya membakar kitab-kitab Tausug hinggakan sejarah nenek moyang yang tidak ternilai harganya itu tidak akan dapat dibaca atau dikembalikan lagi. Bangsa Melayu di Indonesia dan Malaysia masih beruntung kerana kebanyakan sejarah nenek-moyang mereka masih wujud dalam tulisan-tulisan lama, artifak, batu bersurat dan sebagainya.
Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi. Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang. Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud "Ular Besar atau Naga". Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.

Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan "Menetak menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu menarik yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan memburaikan tali perut sekali gus." Persoalannya bagaimana Keris sekeras itu boleh melilit? Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.


Saturday, November 20, 2010

Titik kelemahan

 Dikabarkan oleh shabat dlm blognya.Titik2 kelemahan ketika mengunakan senjata jika ditusuk pada titik2 tersebut.Nak komen byk sebab tk pandai jadi hmbo ambiknya sbgai panduan dan pengetahuan hmbo dlm mengenali titik2 kelmahan dr shabat hmbo sbgai ilmu buat diri hmbo yg cetik ini.Tak salah mempelajari ilmu selagi tak terpesong dr akidah.Hmbo ambik jika org bagi.

Perihal silat dan rahsia yg terselindung

 Ertinya : Nabi bertanya sahabat : Apakah kamu fikir berkenaan hal kekuatan dalam gusti (berlawan)? Sahabat menjawab : Lelaki yang tidak mampu ditandingi gustinya   Nabi menjawab : tidak sedemikian tetapi kekuatan yang sebenarnya adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah” ( Riwayat Muslim, no 4722 )

Sumber asal rujukan ini dr Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman.Hmbo ambil utk diri hmbo sendiri sbagai panduan dan rujukan


Jelas dari hadis ini nabi s.a.w sedang menguji kefahaman sahabat, apabila kebiasaannya seseorang akan memuji orang yang handal bergusti serta dianggap kuat dan gagah.
Namun pada pandangan Islam, gagah itu berbeza sudutnya dari fizikal luaran. Penguasan dalaman lebih utama dari penguasaan luaran. Hati lebih penting dari fizikal. Benar itulah dia.
Memang dari satu sudut kita dibenarkan untuk mempertahankan diri, tetapi bila mengenangkan susulan mudarat yang mungkin mendatang, adakalanya lebih wajar untuk senyap kecuali jika pukulan boleh meragut nyawa dan melumpuhkan anggota diri jika tidak melawan.

kesimpulan dr hmbo
Ini semua cabaran yang mesti ditangani. Inilah ujian bagi mereka yang berilmu.Paling penting adalah kesabaran yg jitu iaini menahan marah.Terpulang pd pendapat shabat2 sekalian.Ibarat cerita epik Laksamana SUnan dlm menghadapi lawan dan melayan lawan.Harus dikaji bersama sbgai panduan



Perihal silat dan rahsia yg terselindung

Hmbo masih belum habis membaca novel Cinta Sufi lanjutan dr Bagaikan Puteri karangan RAM.Ada benarnya kata2 melayu dulu bila kita byk membaca byklah pengajaran dan bertambahlah akan pengetahuan.Kisah dan pengajaran Melaka tumbang krn musuh dalam selimut.Bangsa sendiri melihat akan kejatuhan tanah melayu.Hmbo nasihat pd diri hmbo dan shabat2 yg setia supaya pupuklah minat dalam mempelajari secara mndalam akan RAHSIA persilatan.Kita akan dtg minatnya sendiri jika berjaya mncongkel sedikit RAHSIA yg ada.Makin mendalam mengenali akan silat makin cinta akan ilmunya.Dr situ juga akan dtg semangat utk bersatu padu dibawah satu PANJI.Yg pentingnya ISLAM.Bangsa sebagai jalan merentis dlm perpaduan.Usah terlalu byk berpolitik krn yg pasti MELAYU juga yg terbuang.Hayati akan kata2 yg dipetik dr Guru Nasir dlm memberi panduan dan cara2 dlm menjiwai sesuatu.Amat mndalam akan maksudnya hingga hmbo meletakkannya sbagai rujukan hmbo dipermulaan blog hmbo:-


Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Muay Thai

Akan dibawa masuk ke kaw. hmbo dalam masa terdekat oleh seorang shabat yg mana jika disebut akan gurunya membawa seribu persoalan.Tp brsangkalah baik terhadap apa jua niat yg ingin dibawa oleh shabat dalam memperkembangkan minat anak2 muda dalam ilmu mempertahankan diri.Carilah dan koreklah akan rahsia2 yg terselindung disebalik ilmu mempertahankan diri.Yg baik kita ikutkan dan amalkan sebaliknya kita jauhkan dan renung2kan ia.

Pantun Pendekar

Sumpah pendekar
Pantang undur walaupun setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris di pinggang kalau tidak berani mati

Mampukah aku singkap
Apa yang tersirat
Yang selama ini aku genggam erat

Bolehkah aku ungkap
Frasa yang lengkap
kerana bibir belum tega berucap

Matlamatnya
Agar qalbu yang disalut kenangan silam
Bakal hari semakin kusam
Lalu memberi sedikit laluan
Menghadirkan peluang dan ruang
Buat sang nilam datang bertandang
 

Lihat shj warisan melayu lama,sehinggakan pantun pendekar pun sudah tersedia ada di ilhamkan.Sudah pasti terselit lagi akan rahsia2 ilmu melayu yg belum lagi kita kajikan atau sedari akan ia.Sesungguhnya ALLAH jualah yg MAHA MENGETAHUI dan MAHA BIJAKSANA.Kerana segala ilmu yg ada dtg dr NYA.Hanya sedikit shj dikurniakan pd mnusia.

Friday, November 19, 2010

Pantun lama

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan

Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

hmbo trfikir,kemana hilangnya warisan nenek moyang dahulu kala!Adakah generasi sebelumnya tidak mngambil endah atau sebaliknya.Ataupun kerana tangan ghaib yg tidak mahu melihat kehebatan warisan lama dijaga dan disemai dalam jiwa generasi akan datang.Jatuhnya kota Melaka angkara siapa sebenarnya!

Thursday, November 18, 2010

Perihal keris dan sifatnya

klik utk besarkan info

Semalam sebelum pergi menghadiri majlis korban ditempat hmbo sempat jugak berborak bersama shabat2 sambil menyelit cerita mngenai keris.Cerita keris berisilah yg memakan mangsanya dan jugak pedang peninggalan arwah ayah kpd seorg shabat yg mana pedang tersebut berasal dr Pulau Besar.Dimana mengikut sejarah yg diketahui oleh anaknya pedang tersebut timbul di permukaan laut di Pulau Besar.Nantikan cerita pedang ini jika Si penjaganya memberi lampu hijau utk dikongsi bersama.Sambil2 itu shabat bertanya mengenai jenis2 utk mengenali asal keris.Di sini hmbo ada mnyimpan sedikit info yg tk seberapa yg diperolehi dr ruang berforum utk sebanyak sedikit hmbo dan shabat2 mengenali akan asal tempat keris.Jika info ini salah hmbo dgn rendah hati mohon ditegur dan di perbetulkan

Perihal keris dan sifatnya

 
.

 Kalau memakai keris
Keris tersisip sebelah kiri
Keris beradat berlembaga
Kalau memakai keris telentang
Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok berdentang
Bagai hulubalang masuk gelanggang
Elok dipakai ditengah hutan
  Atau belayar tengah laut
Untuk menjaga jaga diri
Kalau keris sampir terlungkup
Keris tidak mencari lawan
Keris tidak mencari musuh
Yang dipakai dalam jamuan
Yang dipakai pergi bertandang
Berbelit punca wali
Berselubung sampai kehulu
Tanda beradat berketurunan
Patut disebut keris terap


Antara peninggalan warisan nenek moyang kita adalah berpantun.Zaman dahulu kala pantun merupakan salah satu cara semacam adat bila bersende gurau.Satu peninggalan yg harus difahami oleh kita.

Perihal tanjak dan songkok

 klik pd gambar utk mengetahui cara2 pemakaian dan RAHSIA yg terselindung


Tanpa peninggalan sejarah dahulu kala kita tentu tak akan mendapat tahu akan rahsia yg terselindung diatas pembikinannya.Salah satu warian Melayu ialah Tanjak dan songkok.Ikutkan pengetahuan hmbo satu apa pun hmbo tk tahu akan rahsia pemakaian tanjak dan songkok ini.Bukan hmbo shj boleh dikatakan majoriti anak2 muda zaman skrg nie memakai songkok pd acara tertentu shj.Cuba tanyakan soalan rahsia pd mereka,pasti mengangguk kepala shj.
Maka oleh itu terserahlah pd generasi zaman skrg utk mencungkil rahsia zaman dahulu kala dalam ingin mengetahui sejarah dan rahsia yg terselindung.Bukan kerana taksub akan MELAYU tp peninggalan sejarah yg harus diketahui umum terutamanaya anak2 MELAYU skrg.Jgn leka dgn hiburan skrg yg terlalu mngangungkan barat.Lihat shj gelanggang silat ditempat sendiri,adakah layu ataupun suam2 kuku shj. 

Bak kata pepatah
 Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul

Peninggalan sejarah Melayu

gambar yg membuktikan pahlawan yg menggunakan keris berserta senapang dlm mempertahankan kedaulatan melayu.Bukti Melayu kala dulu jugak hebat dlm senjata meriam.

Hmbo melayari web demi web selain sumber dr shabat2 dlm mncari sejarah2 peninggalan Melayu yg hampir dilupakan ataupun hampir tiada dlm pengetahuan hmbo.Sejarah peninggalan Melayu amat hebat sekali tp telah byk diputarbelitkan oleh penjajah supaya sejarah yg meningalkan kesan pahit pd mereka harus dilupakan atau diubahkan demi maruah mereka.

  

Dilulus terbit oleh abu_sumayyah

Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan meriam.

Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur, tidak mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.
Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada orang Eropah.

Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api., Pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang begitu
Meriam2 yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang kaya. Meriam2 orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat menghancurkan kapal-kapal perang Eropah ; antaranya Syarikat Belanda India Timur hilang kapal perangnya apabila mereka menyerang Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18 apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan. Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari kualiti yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang Belanda (walaupun orang Belanda yang memulakan peperangan).
Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua meriam yang berukuran 22 kaki dan 7 inci. Meriam-meriam ini amat berjasa dalam mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan Siam selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas di tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar Pattani telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam, Seri Negeri jatuh ke dalam laut ketika hendak dibawa. Yang satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan Thailand.
Alahai, Melayu dibangangkan sejak sekian lama, yang lelaki dengan imej keris dan perempuan dengan imej berkemban. Sepatutnya lelaki dengan imej pistol atau senapang dan perempuan dengan tudungnya. Melayu lebih canggih dan mempunyai kepakaran yang bukan setanding tapi lebih hebat dari orang Eropah, walaupun dengan berBahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi.

Tuesday, November 16, 2010

Perihal keris dan sifatnya


 Kalau keris dibuat hanya sebagai senjata, tidak mungkin ia dibuat seindah ini, kata Mohd. Noordin Ab. Hamid. Apakah keindahan yang dimaksudkan itu hanya bersifat fizikal semata-mata ?

Susah jugak nak menjadi pandai tukang nie.Ambik masa dan kesabaran.Hmbo harap kita generasi muda harus menanam minat pd ilmu peninggalan warisan yg hampir pupus.Memang mampu utk menjadi tuannya tp utk menjadi tukangnya yg harus diutamakan.Walaupun tak mampu mnjadi tukangnya jadilah pengemarnya jika tidak mahir dlm menggunakannya jadilah pencinta akan ilmunya jgn jadi hang kebun sudahlah.Hmbo pun masih baru dlm dunia ini krn sesuatu terdetik dalam hati dan kehidupan utk tiba2 mendalami dan mencari dan memahami dan mengetahui dan meminati akan ilmu ini tiba2.Segala DIA juga yg MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENCIPTA kita sbagai hamba hanya diberkan sedikit shj akan nikmatnya,jadi manafaatkan nikmat2 kurniaanNYA

Sundang@senjata lanun

Sejarah dulu2 dah membuktikan penggunaan senjata warisan nenek moyang kita pd setiap pentempuran.Sundang merupakan senjata warisan yg hmbo minati.Terpulanglah pd pengunaannya dan kemahiran masing2 dalam hal2 persenjataan.Sejarah jugak membuktikan senjata ini amat kerap digunakan oleh lanun2 dalam gerakan mereka.Libasan dan menetak adalah fungsi utama krn berdasarkan kepanjangan sundang.Sundang Moro adalah yg menarik hasil seni pembuatannya dimana hmbo menatap dalam koleksi shabat2 hmb.

Tajong dan sundang dikategorikan sebagai keris. Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti mana sifat keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiznya matanya lebih besar dan panjang serta agak berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga biasanya mirip kepada pedang walaupun mempunyai sifatnya yang tersendiri.
Sundang adalah senjata pahlawan Bugis.orang bugis bermakna orang Laut,pandai belayar dan suka berlayar maka senjata yang sering dibawa adalah sundang yg serba kegunaan didalam kapalnya.kedudukan dibelakang penguna menyebabkan pahlawan tersebut boleh menjalankan kerja harian diatas kapal tampa gangguan pergerakannya..seperti memanjat tali layar atau sebaginya..
Senjata ini digunakan untuk menyerang dalam sebarang keadaan..senjata ini tidak belaga bila bertempur tidak seperti permainan parang atau pedang..teknik permainan ini kena bergerak pantas..menyababkan senjata ini tidak akan belaga apabila diserang atau menyerang musuh.(info dr khalifah gayung)



 Sundang ini telah dimaharkan sampai Rm7000.Tepuk dada tanyalah poket.Bg pengemar dan kolector duit bukanlah masalah utama tp nasihat hmbo biarlah berpada2 dlm mencari sampingan hidup kerana semua ini tetap besi ciptaanNYA.Pokok yg paling penting ilmunya.Tp sundang ini menarik hati hmbo dr segi tukangnya yg mahir.Kelihatan kukuh dan berjiwa pd hmbo.
Sundang nie hmbo rujuk pd Blog Cikgu nasir sbgai rujukan hmbo dlm mengenali akan seni warisan peninggalan nenek moyang.Indahnya seni krn pembuatannya tp utk mengenalinya haruslah berilmu

Seni Keris dan ILMU2 yg terselit



Ilmu perkerisan ini sebenarnya luas dan amat dalam sekali erti dan penghayatanya. Ilmu keris ini harus perlu di kaji dengan memperbanyakkan membaca, bergaul dan memahami zahir hingga kepada batinnya. Pengalaman, kesabaran dan dedikasi yang tinggi adalah suatu keperluan jika ingin memahaminya. Tetapi untuk menikmati keindahan, garap, dapur, pamor, rumah dan kesulitan teknik penempaan/pembuatan sesebilah keris itu tidaklah perlu ada semuanya. Seseorang itu hanya perlu kenal dirinya (asal usul keturunannya), sepasang mata yang boleh melihat, sebuah akal yang berfungsi dan mempunyai hati punya perasaan bila menikmati keindahan seni pusaka keris ini. Ini belumlah termasuk seni pecak dan tari permainannya.

Jika dahulu setiap rumah Melayu akan mempunyai sebilah keris atau senjata pusaka lainnya dan setiap suami akan mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilah keris. (Pertama adalah keris keturunan keluarganya. Kedua adalah keris pakaian peribadinya. Ketiga adalah hadiah penyerahan keris daripada bapa mertua kepada anak menantu lelakinya sebagai tanda menyerahan kuasa supaya si menantunya dapat menjaga dan memelihara keselamatan dan maruah anak perempuan yang baharu diserahkanya). 
Sekarang tidak lagi bergitu.Kenapa tanyalah pd anak2 muda yg rata2nya tidak berminat malah mempersendakan ilmu persilatan ini.Mungkin jugak krn silat tak nampak akan gayanya seperti teakwando dan lain2.Entahlah sebab kat gelanggang hmbo jugak sebergitu.Padahal anak muda ramai tp utk penghayatan mereka tidak nampak.Sia2lah ilmu warisan tidak dapat disambung dgn gahnya oleh anak2 muda zaman skrg.Bermulalah dr kita dalam memupuk minat pd anak sendiri dlm usaha memelihara ilmu peninggalan warisan kita.


Jika tidak mengetahui diri mempunyai keturunan dan bukan keturunan pendekar maka jadikan diri anda permulaan keturunan pendekar dengan memperlengkap diri dengan ilmu persilatan melayu."memartabat warisan seni silat - memetik kata2 dr Cikgu Azlan Ghani

Khutbah Terakhir RASULLALAH SAW

"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu".

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Saat terindah adalah ketika berada dimuka bumi ALLAH dan diberikan kesempatan dr segi umur,kesihatan dan jugak faktor utama zaman sekarang duit untuk menunaikan ibadah haji rukun islam yg ke 4 .Ummat Islam seluruh dunia menyambut ‘Aidil Adha menjelang 10 Zulhijjah bersamaan 17 November 2010 pada hari Rabu

Hiba bila mendengar seruan haji diucapkan.Sama2lah kita berniat dan berdoa agar dimudahkan urusan kita kesana pada masa yg telah ditentukan oleh NYA tp harus jugak DIUSAHAKAN selain BERDOA padaNYA

" LabbaikAllah hummalabbaik ,Labbaika la syarikala kalabbaik,Innal hamda, wan niqmata laklaka walmulka la syarika lak "

LabbaikAllah hummalabbaik ,Labbaika la syarikala kalabbaik,Innal hamda, wan niqmata laklaka walmulka la syarika lak "

Haji Menuju Allah

Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba

Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji

Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga

Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya

Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya

Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Perihal keris dan sifatnya

Keris berdiri dengan sendiri.Terdapat 2 faktor utama jika mempelajari akan ilmu ini.Kerana dari segi pembuatannya yg stabil dan kepandaian sang tukangnya dan satu lagi faktor adalah khadam.Ilmu ALLAH luas seluas2nya.Kitalah yg bijak utk memilihnya samada dijalan yg benar dan sebaliknya.Ilmu2 ALLAH telah terbukti didalam nasnya.Al-Quran adalah petunjuknya.Usah taksub dan hairan kerana hanya padaNYA segala adalah padaNYA.

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Air Mata Keinsafan


Sambil merewang2 dalam alam maya nie terjumpa akan kata2 yg menyentuh perasaan nie.Kenapalah sesuatu PENGHIJRAHAN itu amat pahit sekali bagi yg benar2 mencarinya.Dengan kedatangan Aidiladha yg hampir tiba membuat hmbo termenung mengingati perjalan kehidupan RASULLAH dalam penghijrahannya.APalah nak dibandingkan sangat dengan pengorbanan kita nie yg tidak kemana pun dalam sejarah dunia.Sama2lah kita mencapai penghijrahan yg sebenarnya dijalan yg sebenarnya.
"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi,Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku,Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa,
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar
nama Rasulullah s.a.w,kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain,Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam,Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah,Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah,Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu,Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku,Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku,Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya,Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi
petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

Perihal keris dan sifatnya


Keris adalah sejenis senjata warisan budaya orang melayu. Keris melambangkan pakaian raja-raja melayu Pembesar-pembesar negeri, golongan bangsawan, pahlawan dan rakyat.



Surah Al-Hadid(Besi),ayat 25.

"Sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai menafaat bagi manusia. Dan Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya, padahal tidak dilihatNya. Sesungguhnya Allah-lah yang maha kuat lagi maha perkasa." ~ Petikan Al-Quran

Ilmu yg dikurniakan oleh SANG PENCIPTA amatlah luasnya.Kitalah yg kena bijak mencari dan menkaji akan dia.Usah terlalu taksud akan sesuatu benda kerana menjadi sifat SANG PENCIPTA YA MAHA BERKUAS lagi MAHA MENGETAHUI akan ciptaanNYA.Taksudlah kepada SANG PENCIPTA kerana disanalah kita akan menemuiNYA selama2nya.YA ALLAH kurniakanlah HIDAYAH dan PETUNJUK pada hambo yg lemah belako ini agar tidah terpesong dr ajaran MU

BICARA TENTANG TUAH DAN JEBAT



Kalian yang mengutuk Tuah, kemari! Kita berbicara.
Apalah ikhtiar Tuah: Di kanan, hukum Raja berkuasa. Di kiri, teman yang sudah derhaka. Jebat tinggal seorang diri. Kasturi, Lekir, Lekiu bukan sahabat lagi. Di pinggang menggeletek Pamong Sari Bukit Siguntang.
Kalau kalianlah Tuah, tertitah membuang Jebat apa bisa kalian buat?
Dari riak muka kalian sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Kalian patuh pada tuan. Jebat kan jadi habuan di tangan kalian.
Usahlah Tuah kalian kutuk kalau kalian sepertinya mengikut telunjuk.
Kalian yang menjulang Jebat kemari! Kita bicara.
Di kanan, Tuah mati ditikam. Di kiri, Raja berlaku kejam. Kasturi, Lekir, Lekiu tak ambil peduli. Jebat, nekad dalam bara api Mau dibayarnya budi.
Di pinggang menggelepar keris Taming Sari. Tiada gentar lagi Jebat pada mati.
Kalau kalianlah Jebat bersugul kematian sahabat apa bisa kalian buat? Dari raut muka kalian sudah tahu aku: Kalian adalah Tuah, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Takkan berani kalian melawan tuan. Takkan ada pada kalian semangat setiakawan pada yang keseorangan.
Usah berpura menyanjung Jebat Kalau yang kalian ucap, bukan yang terbuat

Kata orang

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

...Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH