Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Wednesday, May 25, 2011

MELAYU


'Tidakkan Melayu Hilang Di Dunia"

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak 
 
Peliklah knp lah masih tak habis2 bercakap pasal MELAYU.Nah lihat shj SEJARAH,knp kejatuhan EMPAYAR MELAYU MELAKA jatuh?sebab apa....jawapannya krn MELAYU sendirikan...kena kaji fakta dan sejarah.Usahlah memperkatakan SEMANGAT MELAYU jika diri sendiri tidak tahu...ayuh gerakkan dgn kata2 PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM pasti byk hikmahnya

Friday, May 20, 2011

Adat berguru


Ramai orang yang minat menuntut ilmu, tapi yang sedihnya mereka ini kurang adab  sopannya. Bila sahaja kita melangkah masuk ke gelanggang baru, maka langkahlah dengan dada yang seperti tin kosong yang perlu di isi. Antara adab yang perlu dijaga ialah jangan kita war-warkan atau menunjuk-nunjuk ilmu yang telah dipelajari dahulu. ilmu yang kita tuntut dahulu simpan baik-baik dalam dada. Bila berada di gelanggang baru maka hendaklah kita jadikan diri kita seumpama kanak-kanak kecil yang tak tahu apa-apa dan sedia menerima segala tunjuk ajar dari guru dengan sepenuh hati. Dan jangan pula membuat perbandingan ilmu yang baru dipelajari dengan ilmu kita dahulu atau dengan mana-mana ilmu lain. Apatah lagi memperlekehkannya. Bila berada di hadapan guru jaga tingkah laku dan percakapan. Bila guru bercakap kita diam dan tunduk. Jangan sekali-kali mencelahi percakapannya. Ingatlah wahai saudaraku sekeliannya, bahawa berkat ilmu yang dituntut itu terletak pada adab kita dengan guru…wallahua’lam

Penghulu Hari


Syahdan tatakala kasih Allah akan hambaNya,
Maka nescaya diuji hambaNya itu,
Berbagai-bagai rupanya,
Sudah maklum dunia ini tempatnya segala ujian,
Adakalanya kita tahu dan tidak tahu,
Wahai Hamba, ingatlah molek-molek,
Jika Dia menguji maka redhalah hendaknya,
Redha hamba dengan suka gembira,
Jika berjaya melepasi, diujiNya lagi,
Di beriNya angeraha,
Alhamdulillah syukur sekali,
Tapi yang kita hendak bukannya itu..
Redha dan kasihnya jua kita kehendaki..
Radhitu Billahi Rabba, Ya Allah Redhailah manira.

Begitulah jika diri sendiri diuji,maka empunya diri sahaja yg tahu.Yg luarnya mcm2 tafsiran keatas diri yg kena uji.Apa yg penting usahlah kite memberi atau membuat apa shj tanggapan krn jika tersalah tafsir........hanya mereka2 yg terpilih shj yg dpt menerima hidayah dr NYA.Bersabarlah whai SAUDARA ku.
Pasti ada HIKMAHNYA...anggap le ia memberi peluang kedua dlm kehidupan yg pastinya membawa kebaikkan.

Wednesday, May 18, 2011

Tanjong


Mengenali keris tanjong dan sifat2nya serta kegunaanya.Indah dr segi seni dan ukurannya.Antara koleksi yg sedang diusahakan.Keris tajong atau keris pekaka ( hulu yang menyerupai kepala burung raja udang ) adalah berasal daripada Pattani

Wednesday, May 11, 2011

Melayu

Melayu bukan yahudi, Melayu adalah bangsa yang hatinya lembut namun cepat melatah. Jika orang Melayu melihat seseorang itu dihina dengan teruk sekali, perasaan kasihan akan terpupuk dalam hati orang Melayu dan orang yang dihina itu akan dipertahankan oleh orang Melayu yang senang kasihan.