Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Tuesday, August 23, 2011

diKTatOR aKaN jAtUH saTU pErSaTU

 sumber2 dr blogger MSO

 Apabila membaca mngenai diktator seperti yg tercatit dlm blog MSO ada benarnya.Semuanya kerana tamakkan harta dan pangkat.Apatah lagi jika negara berada dalam telunjuk laknaktullah yahudi dan amerika.Kerana bangsa inilah yg akan mngambil kesempatan dalam mempecah belahkan umat2 Islam khususnya supaya kite tidak bersatu dalam satu kalimah.Lihat sahaja yg terjadi di negara kite.Sedih tak habis2 dengan agenda politik masing2,hingga sesama Islam bertelagah,patutnya kite rujuklah pada Al-quran dan sunnah2 NABI yg perlu kite warisi.Letakkan ISLAM pada martabat yg tinggi,pasti jalan penyelesaiannya mnjadi satu iaini ISLAM.....renung2kanlah apa yg telah terjadi dinegara Islam diluar sana,contoh dah ada...dimana masa depan anak2 kite akan datang kalau kite tak bersatu kerana ISLAM

Melihat keadaan yang berlaku di Libya kini umat Islam berada di dua persimpangan dan jadi serba salah. Atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan umat Islam merasakan tindakan Gaddafi sebagai diktator dan pembunuh manusia lain satu yang zalim, perlu disanggah. Justeru tindakan menjatuhkannya menerusi pemberontakkan disokong.

Tetapi dalam konteks kedaulatan sesebuah negara itu apa yang berlaku di Libya atau Iraq itu sesuatu yang sungguh menjijiknya kerana ia didalangi oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Tidak ada hak atas apa jua alasan untuk negara lain mencampuri urusan negara lain. Negara lain hanya boleh bersimpati dan memberi bantuan kemanusiaan bukan bantuan ketenteraan.

Walau apa pun yang berlaku di dalam kedua buah negara itu Amerika tidak sepatutnya campur tangan. Apa lagi atas alasan prinsip kemanusiaan itu hanya bohong dan dongeng berlaka. Apa yang perlu disedari Amerika tidak akan berbuat begitu kalau bukan 100 peratus bukan demi kepentingannya. Apa yang Amerika cari dan harapkan di Libya sama dengan apa yang diimpikan di Iraq untuk menguasai telaga minyak.

Amerikanlah yang menjadi dalang di sebalik pemberontakkan di kedua buah negara itu. Baik di Iraq atau di Libya kini dan di beberapa buah negara lain kedudukan dan peranan Amerika sangat jelas. Amerika tidak turun sendiri secara fizikal tetapi berlindung di sebalik gerakan tertentu menghasut dan memberi semangat kepada rakyat negara berkenaan agar bercakaran sesama sendiri. CIA adalah agen utama Amerika yang melaga-lagakan di antara satu sama lain.

Semua negara harus belajar dan mengetahui peranan dan sikap syaitan Amerika ini.

Kita tidak setuju dengan penbunuh manusia dilakukan Saddam dan Gaddafi, tetapi apakah kita bersetuju dengan penjajahan dan penguasan Amerika ke atas negara yang penduduknya umat Islam? Saddam mempertahankan kedudukannya sehingga membunuh manusia lain kerana ingin melindungi negara dari dikuasai oleh Amerika Yahudi. Begitu juga dengan Gaddafi yang kini dalam keadaan genting.

Seburuk-buruk dan sejahat umat Islam yang menentang puak yang tidak sealiran dengannya namun mereka tetap Islam dan masih juga bersyahadat kepada Allah dan Rasullullah.

Keduanya- Saddam dan Gaddafi mengambil jalan dimurkai Allah atas alasan untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka tidak mahu kuasa asing menjajah mereka sekali lagi. Cuma silapnya Saddam dan Gaddafi, mereka mengambil jalan kejam membunuh rakyat sendiri yang berbeza pendapat untuk menentang kemungkaran. Itu saja kesilapannya.

Kalaulah mereka tidak mengambil jalan itu mengnyahkan sifat diktator dari diri mereka, bersikap adil dan saksama kepada rakyat mereka tidak akan menjadi hina, sebaliknya akan dipuja rakyat sepanjang masa. Dunia Islam akan mengagungkan mereka sebagai mujahid moden. Mulanya mereka sudah berada atas landasan dan perjuangan betul tetapi kerana gagal mengawal nafsu akhirnya membawa kemusnahan kepada mereka.

aNTaRa kAta2 LaMA


Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa.  Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama.  Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala.   “Selamatlah mereka yang  berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya.   Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, jawablah Allah swt “Aku di sini”.

kERis LaGI......



 Antara Keris Lok 5 yg terbayang2 setelah menatapnya di rumah Akak Hanizah.Bila berdepan menarik pulak hati..aduhhhhh susahnya kalau hati dah jatuh cinta.....walaupun tak dinafikan minat dalam bidang ini memerlukan modal.Kdg2 kite sbgai mnusia nie terlalu over dalam minat kite sehingga sesuatu yang baru boleh membawa padah. Dalam dunia hobi membeli dan mengumpul senjata keadaan ini sering berlaku apatah lagi yg terlalu taksub akan besi buruk ine yang berlebihan kononnya terdapat power pd besi buruk ine sesuatu barang lebih membahayakan lagi. Ketaksuban untuk hebat, lebih, digeruni, dikasihi, dan pelbagai lagi menjadikan pembeli sering lupa diri antara peringatan dr Cikgu jugak yg merupakan org lama dlm bidang nie.Bagus akan nasihat tersebut buat diri ambo yg masih baru.

Surah 57, Surah al-Hadid (Besi) : 29 ayat.


kASiH....

KECEWA dalam cinta sesama manusia adalah perkara biasa! termasuk bagi pasangan hidup yg berjanji setia sehidup semati hingga ke hujung usia. Mengapa? iya... kerana cinta hakiki adalah hakmilik Allah. Jika kita yg dipinjamkan leka serta alpa, pemilik asalnya yakni Allah akan mengambilnya kembali dari hati sanubari hambaNya yg tidak pandai menjaga anugerah Allah yg tinggi nilainya. Utamakan cinta kepada yg maha kuasa, jangan hanyut dgn apa yg ada di dunia, kerana ia pasti tak akan bertahan lama.
Tak dapat dinafikan cinta sesama mnusia amat indah,itulah antara nikmat kurnianNYA.Apatah lagi jika brlarutan sehingga kejinjang pelamin.Selepas itu barulah bermulanya episod baru dalam kehidupan.Ada yg bertahan dan tak dinafikan sebaliknya.Bagi ambo yg paling PENTING sifat bertolak ansur apatah lagi jika dikurniakan anak2 dalam kehidupan.Ingatlah akan anak2 walau apa sekali pun krn mereka berhak menuntut hak2 mereka... usah diperbesarkan isu yg remeh temeh...ingat masa bercinta dulu semua indahkan...

Monday, August 22, 2011

Hidup...

Sedar tak sedar dah masuk 22Ramadan bersamaan 22 Ogos....kejab benar masa berlalu meninggalkan kite.Ramai yg mngejar dan mencari sesuatu dalam bulan yg diredai ini.Samada dapat atau tak pokoknya kite tetap kena terima dan sesuatu perubahan perlu berlaku dalam kehidupan kite nie.Bagi ambo jugak,ambo dapat menerima sesuatu yg baru tentang kehidupan ini.Dari bab kawan,hobi dan yg paling ambo sedar bab hidup berkeluarga.Kadang2 byk benda baru yg kite hadapi pokoknya kite tak sedar atau pun tak nak mngkaji atau memikirkannya.Apa2 pun MASA sekarang amat cepat benar berlalu padahal jam tetap berputar mngikut ketetapannya.....maka renungan2kanlah bersama dalam kite asyik melayani kehidupan didunia ine.Yg WAJIB patut kite UTAMAkan wlaupun PAYAH dan SUSAH nak melakukannya.Ambo pun byk perkara yg terlepas pandang dalam melayani kehidupan ine

Thursday, August 18, 2011

Blog Keris Permata....

 belek punya belek terkenan pulak kat keris bugis nie..kalau tak ada aral melintang akan menjadi hak milik

Hari nie tak ada apa yg nak buat kat opis,jadi ambo merayau2 le kat alam cyber...cari punya cari terjumpa pulak blog Akak Hanizah (Blog Keris Permata).Disini ambo memperkenalkan blog akak sebagai tatapan shabat2.

Assalamu'alaikum dan Selamat Datang


Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi mengunjungi Blog Keris Permata. Namanya sebegini sebab di sini diPamerkan pelbagai jenis keris dan batu permata.


Keris Permata mempamerkan kebanyakannya koleksi keris Allahyarham Abang Kandung saya, Allahyarham Abdul Haq Bin Abdul Hamid (Jun 1957-Feb. 2005. Al-Fatihah) yang telah meninggal dunia pada usia 47 tahun pada tahun 2005 di Hospital Pantai KL akibat serangan jantung kali ketiga. Saya tidak memerlukan koleksi keris ini dan jugak tidak menggunakannya jadi saya ingin menjual kesemuanya kepada sesiapa yang berminat dan ingin memilikinya. Koleksi ini telah dikumpulkan bermula sejak 1988, lebih 22 tahun yang lalu. Keris Permata dibina untuk tontonan umum dan juga untuk memperingati Allahyarham.

Kebanyakan keris ini adalah keris baru apabila dibeli tetapi mungkin ada juga keris yang lama.

Bagi sebarang pertanyaan, atau jika anda berminat untuk membeli apa saja yang dipamerkan di blog ini , sila emel saya di: e_biz06@yahoo.com atau SMS 017-6091917 dan berikan nombor rujukan keris seperti "Keris 1, 2, 3, 4, 5, batu permata dan sebagainya".

Seandainya anda telah membeli apa saja dari Keris Permata, walaupun ianya sudah menjadi milik anda, tetapi, kami akan terus mempamerkan keris itu di blog ini untuk tontonan seluruh dunia dan kami dengan sesungguh hatinya berharap anda boleh menerima dan memahaminya.

Akhirkata, sila tulis sesuatu di chat box kami supaya kami tahu anda telah melawat blog ini, dan letakkan link ke laman web atau blog anda.

Sekian, Terima Kasih.

Salam Sejahtera Dari Saya!
Hanizah

Susahnya jadi Perempuan...payahnya jadi lelaki

"Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan akidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Adakah mereka terseksa di dalam pakaian mereka?

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan".

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :
" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."

( An-Nur : 30-31 )

Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlakmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar Allah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita).

Urwah bin Zubair mengucapkan
"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"

Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah at Taubah : Ayat 71)

Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada Allah..

Monday, August 8, 2011

Sebuah cacatan


Menghela nafas dari relung sajadah.Merenung akan semua dosa yang ada.Sejemput harapan dan asa yang tersisa.Mengukir di dada jiwa terasa.Sayup-sayup adzan berkumandang.Terasa indah menyejukkan kalbu.Angin berhembus menerpa tubuh.Membangunkan jiwa yang terlelap.
Bulan pose tetap byk dugaannya antara yg mnjadi NO1 adalah NAFSU.Bila bercerite bab nafsu memang luas,nafsu makan,nafsu zahir mahupun batin akan menguasai diri.Dlm proses utk berubah byk dugaan yg pasti kite hadapai.Bagi aku apa yg telah berlaku haruslah mnjadi pengajaran dalam mematangkan kehidupan kite.Jadikan pengajaran dalam hidup untuk diri,isteri,keluarga dan anak2 supaya kite tidak terpesong dalam kehidupan.
Mlm td di Astro Prima cerite drama bertajuk Berselindung Disebalik Kaabah.Cerita yg mngesahkan kehidupan yg telah jauh terpesong.Mantap cite nie.Lepas tu layan pulak dengar lagu Irsyadee-Taubat seorang hamba...kalau direnungkan akan dosa2 diri nie...aduiiii terbayar ke agaknya....


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,Oh Tuhan Maha Kuasa,Terima taubat hamba berdosa...Ku akui kelemahan diri,Ku insafi kekurangan ini,Ku kesali kejahilan ini,Taubatku ini.....Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.Ku akui kelemahan ini,Ku insafi kekurangan ini,Ku kesali kejahilan ini,Taubatku ini...Di hamparan ini kumeminta moga taubatku diterima...Ku akui kelemahan ini,Ku insafi kekurangan ini,Ku kesali kejahilan ini,

Friday, August 5, 2011

kERiS..


BERDASARKAN sejarah, keris telah wujud dan digunakan sejak abad ke-9 dan penggunaan keris cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan di seluruh nusantara.
Selain digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri pada ketika itu ia juga dianggap oleh sesetengah pihak memiliki kuasa magik dan perlu dihormati.
Keris memiliki pelbagai bentuk mengikut kawasan seperti Bali, Sumatera, Madura, Pattani, Bugis dan Jawa selain mempunyai keistimewaan tersendiri dan kebiasaannya ia terletak pada bilah yang berlekuk dan ada di antaranya yang berbilah lurus.Antara keistimewaan keris boleh dilihat melalui tiga jenis mata bilahnya iaitu panjang tegak, lok (berlekuk-lekuk) dan hukum (bilah yang lebih panjang).Misalnya, keris tanjung atau dikenali sebagai keris kuasa( keris yang aku paling idamkan nie...hihihi bile le nak cukup maharnya) hanya digunakan oleh para panglima manakala keris anak alang diberikan kepada ketua kampung atau penghulu.

sumber diperolehi dr blogger.

Khutbah Jumaat


Hari nie Khutbah kat Masjid Tabung Haji....amat mantap dr Ustaz yg terlupo pulak nk ambik namanya...lohgat mcm org Perak..bersandarkan amalan pose kite yg jauh bezanya dgn Rasul dan para shabat.Rasul kite bukan tidak berharta tp harta2 baginda keseluruhannya disedekahkan sehingga baginda tiada apayg nk dimakan dan dipakaikan.Penghayatan Ustaz dr segi penyampaian amatlah mendalam sehingga terdetik dihati..DOA Ustaz pun amat terutamanya pada PEMIMPIN2 kite yg ISLAM nie.Bagi kite yg memikirkan apa yg nak dimakan pada waktu berbuka pun Ustaz menitik beratkan.
Kesimpulannya kite amat jauh dalam penghayatan dalam ibadat ine,khususnya buat diri ini...aduhhhhhhh terkena betul pada batang hidung..

Kaulah Segalanya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

Thursday, August 4, 2011

Pengisian


Tuhan jangan kau ambil nafasku,Sebelum ku bersujud pada-Mu,Tuhan tolong panjangkan umurku,Aku ingin bersyukur pada-Mu,Ajari aku mengenal-Mu,Ajari aku mendekatmu,Ajari aku untuk mencintaimu,Bisakah aku mengingatmu,Bila ku tak pernah bertemu,Yang aku bisa hanya menyebut nama-Mu,Tuhan jangan kau cabut nyawaku,Sebelum ku bertobat pada-Mu,Tunjukkan aku ...

hari2 dengar lagu nie..bukan apa terasa mcm ada sesuatu yg perlu ada pengisian hidup.....dlm melayan bahtera kehidupan hari2 sbagai seorang anak,suami dan ayah.Byk perkra yg perlu diketahui dan diselami dalam kehidupan.Dari segi masa,kasih sayang mahupun pada diri sendiri.perlu jugak bersyukur dgn apa yg ada dan memperbaiki apa yg ada.

keris lok 9

Nie Keris lok 9 ketegori keris baru yg baru dimaharkan dr shabat Azman klang.Dalam usaha utk mengumpul koleksi keris utk simpanan dan utk tatapan anak2.Maklumlah minat dalam bidang ine memerlukan belanja yg tinggi.Tp bijaklah dlm memilikinya...usaha dulu yg murah2 tanamlah minat,mengenali dan mempratikkan.Kalau ada keris yg harganya ribu2 tp sekadar tergantung je tanpa ada tujuan agak2 apa rasanya......yang menanti sekarang nie adalah Keris Tanjung ..aduiiii tak sabar rasanya tp paham2 je le maharnya...