Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Wednesday, October 19, 2011

LaYaN fB...

Aduhai..penatnya melayan hujjah2 kat FB...apa yg mnjadi ialah FITNAH berluar2sa hingga mnjadi perkara biasa je kalau melayan forum kat FB..terlalu taksub dlm berpolitik hingga lupa soal hukum2 ALLAH.entahlah nk nasihatkan kite balik kena dinasihatkan maka lebih baik diam je lagi senang

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.
Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak

Thursday, October 13, 2011

LIkU2 pErjaLaN..

keris dlm pencarian -keris melela

”Jadikan dunia perkerisan dan dunia persilatan sebagai satu lapangan untuk persahabatan, jangan tamak, jangan dengki, jangan menipu dan jangan pula mengada-ngada. Cari dan tambahlah ilmu agar bicara tidak kosong, renungan tidak tumpul, rasa tidak tawar.

Hobi membeli dan mengumpul keris jangan kita jadikan medan untuk menekan, menindas dan memulau. Jadikan ia satu jambatan yang mengukuhkan ikatan persaudaraan Melayu Islam di Nusantara. Jadikanlah keris lambang kekentalan jiwa sekeras besinya, jadikan pamor nya warna-warna kehidupan, jadikan bisanya sebagai ingatan, jadikan sampirnya sebagai batasan dan jadikan ulunya sebagai pegangan.”walaupun mng benar harga sebuah keris kdg2 membuat kite percaya atau tk trhadap nilai besi buruk nie,tp bijaklah dlm membeli kdg2 ambo pun trjebak jugak...

bERgUrU..


Hari nie mcm selalu jugak,kerja mcm tk kerja jadi rutin harian meronda dlm blog shabat2 sambil tu mngambil kata2 shabat utk mnjadi rujukan dan panduan diri yg masih mncari sesuatu dkm kehidupan.Ambo singgah pd blog http://tokuban78.wordpress.com/ bila membaca kata2 beliau ambo rasa ada benarnya krn zaman skrg nie jauh bezanya dgn kehidupan dulu2 dr segi beradap dll jauh benar ditinggalkan.

Kenapa orang tua jadi kedekut bila kita hendak menuntut ilmu dengannya? Kadang-kadang mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang dimilikinya itu. Bila kita minta ilmu yang kita hajati, hanya jawapan ‘tak tahu’ atau ‘ambo tak dok ilmu tu’ atau ‘ dulu ado, tapi loni ambo tak ingat dh ‘ yang keluar dari mulut guru tua, padahal dadanya umpama gedung ilmu. Kalau kita datang dari jauh, maka pulanglah dengan tangan kosong. Kenapa mereka tak bagi? Apa silap kita? Pada pemerhatian Manira yang amat kerdil ini, selain tiada kelayakan banyak sekali sebab-sebab yang lain. Akan tetapi sebab yang paling besar kenapa kita tidak diterima menjadi muridnya adalah kerana kita ini TAK TAHU ADAB MENUNTUT ILMU DAN TAK RETI MENGHORMATI GURU.
Ramai orang zaman sekarang sangat meminati akan ilmu yang sebegini, akan tetapi yang menjadi kecacatannya adalah kerana mereka ini tidak beradab dan tak pandai mengambil hati guru tua. Sukalah manira memberi ingatan akan sesama kita, bila hendak berguru maka HENDAKLAH KITA MEMULIAKAN GURU KITA, BERI SALAM DAN CIUM TANGANNYA, MANIS WAJAH DAN LEMAH LEMBUT KELAKUAN KITA DI HADAPANNYA, BILA GURU BERCAKAP ATAU MENGAJAR KITA DIAM,  JANGAN MENYAMPUK KATA-KATANYA, JANGAN TUNJUK LAGAK DAN PANDAI DEPAN GURU, BILA HENDAK BERTANYA, MAKA TANYALAH DIA DENGAN BERADAB, GUNAKAN BAHASA YANG PALING SOPAN, RENDAHKAN SUARA SEADANYA.
Ingatlah pesanan alim ulama bahawa “adab itu di atas ilmu”. Ini memberi erti bahawa berkatnya ilmu yang dipelajari itu adalah berpunca dari adanya adab, sopan santun. Sebelum menuntut ilmu, tuntut dan perkemaskan dahulu ilmu akhlak, adab, sopan dan santunnya.

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah..

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA

Tuesday, October 11, 2011

mENcaRi ARah...



Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga.. suatu penyakit yang Allah SWT turunkan. Itu semua adalah kasih-sayang Allah SWT.. Allah sebenarnya nak mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah nak bagitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya

Apabila ujian datang menimpa.. Kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu. Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain lebih teruk dan hebat ujian diri mereka.

Ya ALLAH kuatkan semangat ku dlm mendalami kehidupan ine...agar dgn dugaan yg mndtg mematangkan lg diri ine dlm melayari kehidupan yg sementara didunia ine...agar aku dan keluarga aku lahir dlm generasi ISLAM ...

kELUhaN HaTI....



Menangis aku kesedihan melihat umat Malaysia berbalah, bergaduh, mengutuk, menghina dan saling membenci kerana KETIDAK ADILAN yang dicipta pemimpin pemerintah. Yaa.. ‘mereka’ sedang ketawa kerana permainan mereka berjaya memecah belahkan perpaduan rakyat yang harmoni.
Perkara yang dihalalkan dalam perundangan dan perlembagaan ‘mereka’ kini dibawa oleh musuh mereka membuatkan ‘mereka’ mengharamkannya lalu menghasut  melalui media perdana untuk menanamkan rasa benci..kepada rakyat yg tidak ‘pandai berfikir’ dan tidak berilmu. Sedih melihat mereka yang tidak tahu apa-apa memberi ‘komen bodoh’ tanpa ilmu akibat termakan hasutan itu.
Pecah dan perintah…itulah agenda ‘mereka’….jika rakyat saling membenci dan berpenyakit didalam hati, maka senanglah hasutan disuntik, tambahan pula tiada pelindungan rohani, tiada ilmu ukhrawi.. semuanya berpandukan logik akal semata-mata..dengan pelbagai alasan logik, ‘rakyat bodoh’ akan termakan dengan hasutan itu…’ mereka’ ketawa lagi….
Dengan linangan air mata, aku berdoa semoga dibukakan hijab keadilan diserlahkan hakikat kebenaran di bumi Malaysia yang aku cintai. Lindungilah pejuang-pejuang agama kami Ya Allah.. walau pelbagai kebencian dan cacian diterima, ugutan dan segala bentuk ancaman.. berikanlah kami kekuatan dan kesabaran menghadapi ‘umat jahil’ yang semakin ramai ini…. Semoga mereka semua diberi hidayah dan dibukakan minda untuk berfikir..berfikir..berfikir… dan berfikir..
Kenallah Diri Kita Sendiri Sampai Rata Supaya ALLAH Dapat Di Kenal Dengan Nyata.

dUGaaN HiDUp...

"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"
kite selalu mndengar akan ayat ine"Hidupku,Solatku,Ibadatku dan matiku krn ALLAH"tp prsoalannya dimanakah prgorbanan kite yg sebenarnya.Mng benar kata org jika belum pernah diuji kite tk tahu bgaiman sebenarnya pendirian kite.Hari nie ambo trjumpa ayat ine yg diucapkan oleh seseorg,kite renung2kan sendiri kata2 beliau:-
seorng pendakwah bebas didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah ). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya pndakwah trsebut.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Pndakwah trsebut yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar pndakwah trsebut. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk...luahan pndakwah trsebut dlm hatinya

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar pndakwah trsebut lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.


kesimpulannya renung2kanlah firman ALLAH yg berbunyi:- Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Friday, October 7, 2011

dEMi ALLAH.

 "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".
Al-Fatihah buat semua Al-shayid yg memperjuangkan NYAWA mereka demi agama dan tanah air ini supaya mereka semua berada ditempatnya

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am : 153)

Mati hidup semula

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula

Belajarlah untuk lebih mengerti dan memahami. Berfikirlah sebelum berbicara. Manusia tidak akan mampu memuaskan hati kita dan kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati mereka. Kata-kata ibarat perahu yang bila sudah terlajak kedepan sukar untuk diundur semula. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.
Pandanglah dengan mata hati dan rendahkanlah hatimu walau dimana dirimu berada. Cubalah untuk membantu walau diri rasa tak mampu.

Bersatulah kite demi masa depan yg cerah berpandukan Al-Quran yg telah diwasiatkan demi memelihara agama ISLAM.BErsatu dibawah panji2 ALLAH krn itulah permulaan penyatuan ummah.

pAHlaWAn...




AL-FATIHAH...ambo sedekahkan buat PAHLAWAN NEGARA semoga beliau berada brsama para2 Mujahid yg berjuang krn mengakkan keadilan dan mempertahankan AGAMA dan tanah air.
Ambo yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar2 tahu tentang kisah hidupnya?
Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Kata2 berbunyi - Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam

Ambo berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi agama dan bangsa.

Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……
Al Fatihah …..

Thursday, October 6, 2011

Hari nie amatlah boringnya,sambil2 layan blog shabat2 terjumpa ayat dibawah nie..maka ambo ambik kata2 dr blog shbat utk mnjadi rujukan diri dlm mencari sedikit sinar2 dlm memantapkan diri yg sentiasa lalai n alpa.begitu akan sifat mnusia yg sentiasa tidak mensyurkiri akan nikmat2 kurniaanNYA.Masa sesungguhnya amat berharga bagi yg mngetahui amatlah tak ekok ambo berkata BORING dlm kehidupan tp itulah kenyataan yg tersemat dihati ini krn kekurangan pengisian rohani.....

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadits:”Barangsiapa yang merendahkan diri, maka Allah akan mengangkat derajatnya. Dan barangsiapa yang sombong, maka Allah akan merendahkanya.”
Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabada:”Barangsiapa yang mengagungkan dirinya dan sombong dalam cara jalanya, maka dia akan menemui Allah, sedangkan Allah akan murka padanya.” (HR. Ahmad).
INILAH SUATU NASEHAT, DARI SEORANG TEMAN KEPADA SAHABATNYA, BAHAWA JANGANLAH DIA MENABALKAN SILAT TARINYA ITU SEBAGAI SILAT YANG PALING HEBAT DAN SEMPURNA BERBANDING SILAT/ILMU BELADIRI YANG LAIN. SIFAT KEANGKUHAN INI TIDAK BERAPA LAMA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.

Ingat satu perkara lagi:

Hidup tak selalu indah, kerana itulah indahnya kehidupan



Wednesday, October 5, 2011

pENguBaT hATi..

Syair Zaman


Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu

Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu

Tuesday, October 4, 2011

iKLaN...


Kepada peminat setia Sundang peluang terbaik sudah ternanti hanya sediakan DUIT je untuk memiliki KERIS SUNDANG SULU....termasuklah ambo tp masih belum kesampaian....untuk rujukan boleh terus mnghubungi tausug dr blog beliau..

pEriNgaTaN...

gambar hanya sekadar hiasan tiada kena mngena dgn tajuk

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat
 (al-Jinn[72:6]).

Wallahualam

Dlm dunia persilatan mcm2 kehebatan yg kite dengar.Keris power lah....ilmu power lah...tp yakinlah kerana semuanya adalah KEKUASAANNYA.Tanpa kehendakNYA siapa manusia ini..Pilihlah ILMU yg DIREDHAI olehNYA,kerana menjadi HAK NYA yg menciptakan segala ilmu yg ada,pokoknya kite lah yg memilih jalan ataupun ilmu yg benar2 membawa manafaat dlm kehidupan kite didunia ini mahupun disana esok...