Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Wednesday, November 30, 2011

pERjUaNg....

Perjuangan ini bukan sebuah pentas sandiwara di mana kalian bersantai di kerusi penonton. Perjuangan ini bukan usaha memenuhkan isi perut tetapi ianya adalah gerakerja menyelamatkan masa depan anak cucu kita. Perjuangan ini bukan suka-suka tetapi adalah satu kesedaran dan rasa pertanggungjawaban terhadap perintah Allah

Tuesday, November 29, 2011

Istiadat Mandi Keris




Mata bilah keris disediakan bersama batang pisang.

Tikamkan mata bilah keris pada batang pisang bagi membuang karat peringkat pertama.

Air kelapa tua digunakan bagi merendam mata bilah keris.

Rendamkan mata bilah keris di dalam ruas buluh berisi air kelapa tua.

Sediakan limau nipis yang dibelah bagi memudahkan proses mencuci.


Gosokkan limau nipis pada mata bilah keris bagi membuang karat peringkat kedua


Gambar diatas diambil dr blog shabat http://blog.farulazri.com/.
Persoalan yg sentiasa menjadi perbualan adalah perlukah keris2 ini dimandikan bila tibanya Awal Muharram?telah banyak persoalan dan jawapan yg telah diberikan contoh apabila membaca maklumat pada blog shabat ini.Entah ambo nak komen banyak pun tak berani tp biarlah apa yg kite buat mngikut jalan2 ISLAM yg telah diberi panduan agar kite mengikut jalan2 yg diredhai..jangan sampai merosakkan akidah kite sudah,dan ada baiknya datangnya bulan nie kite sama2 mempertinggkatkan pengetahuan agama kite agar lebih mantap selain dari kite asyik sibuk dengan keris yg sudah pastinya tidak akan membawa apa2 manafaat dalam bekalan kite esok...bagi ambo tak salah pun nak mencuci keris bila2 hari pun boleh..lagi pun kite bukannya pergi berperang,keris asyik melekat kat dalam sarung je..kadang2 je dicabut untuk tengok2....renung2kanlah bersama termasuk buat ambo jugak yg meminati ilmu keris nie

Ambo bertanya pd seorang guru silat dan pencinta keris,komen beliau:-Saya tak buat, saya mandi keris ikut keperluan. Jika berkarat saya mandi dan minyakkan. Berhati2 dengan syirik kafi dan jali. Pegangan orang lain saya tak komen

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau padahal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu) yang tidak aku ketahui.