Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.
Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai
Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya
Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.
Thursday, December 30, 2010
Banner
Wednesday, December 29, 2010
Yg tersirat
Bukan suka2 diilhamkan,tp ternyata penuh tersirat disebalik hijabnya.Itulah hasil ciptaan dr shabat ambo Saiful Si Merak 2 yg mengilhamkan LOGO persatuan kami.
Harapan Baru
Burung merak muncul kala senja menghias langit belahan barat,
rupanya cantik warna kilauan
sehelai bulu laksana berlian
...segak dan gayanya membikin hatiku tertawan
beta umpama gagak di rimba
tak sepadan tak sebaya
ingin masuk ke syurga
bertemu jelita
menyampaikan hasrat rindu kepadanya
Janganlah Kalian Belajar Ilmu untuk Menyombongkan Diri terhadap Kaum Cerdik Pandai , untuk mencari pujian orang-orang bodoh atau untuk dipandang hormat dalam pertemua-pertemuan. Barangsiapa berbuat demikian, maka nerakalah baginya…
Monday, December 27, 2010
Kitab Rujukan
Gelanggang Merak Kayangan
Menuntutlah ilmu kerana utk ilmu diri supaya kita berilmu dan dgn berilmu dapatlah menyelamatkan kita dari tipu daya
Untuk renungan
"Siapa yang kenal dirinya akan kenallah pada Tuhannya"
Ujian Naik Bengkung
dr tenggah - Adinda Nazrin
dr kiri - Kekanda Saiful (Merak2),Adinda Zahir (Merak4)
-merak2 mengikut usia bukannya kemahiran-
5 shabat dr Gelanggang Merak Kayangan
rupanya cantik warna kilauan
sehelai bulu laksana berlian
segak dan gayanya membikin hatiku tertawan
tak sepadan tak sebaya
ingin masuk ke syurga
bertemu jelita
menyampaikan hasrat rindu kepadanya
Wednesday, December 15, 2010
Idaman kalbu
Baru dimaharkan didlam FB oleh Gelanggang Merpati Jepang.Ahhhhhh geramnya idaman kalbu,masih belum ada rezeki utk memilikinya.Cukuplah sekadar memaparnya didlm Gobok ambo sbagai tatapan dan renungan.Manalah tau suatu hr nanti mnjadi hak mutlak krn keseniannya yg menaikan aura naga dimata ambo yg membuat hati ambo mengelegak hndak memilikinya.Simpan duit lagi belum cukup nie.SAbar..sabar...sabar...
kata2
iaitu Muhammad SAW dan para Ahlul Baitnya,
Dan para sahabatnya yang telah Engkau janjikan syurga,
Dengan berkat para Syuhada' dan para wali-wali-Mu,
Serta berkat para hamba-Mu yang amilin dan Mukhlisina Lahuddin,
Satukanlah hati-hati kami agar terhindar dari perpecahan,
Teguhkanlah negara kami dengan bendera mulia ini,
Lembutkanlah hati para musuh-musuh kami,
Sirnakanlah segala buruk sangka dan adu domba mereka,
Sekiranya mereka tetap memerangi kami,
Dengan mereka bersama KUFFAR hancurkanlah,
Dengan mereka bersama MUNAFIK ranapkanlah,
Berilah kami kekuatan memusnahkan mereka.......
Bersedialah kalian buat yang bersorak gembira di sana,
Yang memperlekeh bangsa ini dan menghinanya,
Wahai musuh Allah pilihlah salah satu dari keduanya,
"KALIAN MAHU ISLAM ATAU BERI JIZYAH?
Tuesday, December 14, 2010
kata2 dr shabat
Sesuatu benda dijadikan sebagai medium lantaran sahaja.
Anggaplah ianya sebagai lantaran dan dengan izin Allah s.w.t. jua,
terjadi sesuatu perkara itu maka, jadilah ia.
Harus diingat! kita hanyalah memakai hikmatnya dan bukan khadamnya sebagaimana yang kita ketahui, tiada apa yang kuat dan berkuasa selain dari ALLAH s.w.t tuhan Maha Pencipta pentadbir sekalian alam. Oleh itu, janganlah percayakan kehebatan keris ini yang boleh menghadirkan kekayaan yang boleh menjerumus kita kepada syirik
(menyengutukan Allah yang Maha Agung).
Monday, December 13, 2010
Pantun lama
Pesan guru umpama mutiara,
Jangan dipandang remeh dan sepi,
Bila langkah turun berkelana,
Jangan dilupa membawa besi.
Bukan tujuan membuat jahat,
Bila berdepan musuh yang getir,
Badik menjadi pengeras semangat.
Tetap berlaku apa yang tersurat,
Kepada Allah jua bergantung harap,
Kerana makhluk tak punya qudrat.
Dipilih dari tujuh ramuan,
Siapakah teman siang dan malam,
Tiadalah DIA melainkan Tuhan.
Besi berasal dari khursani,
Berkat ALLAH berkat nabi,
Jadilah aku gagah berani
Pameran keris
1. 13-19 Disember 2010 pameran dan jualan keris
2. Seminar forum 18 Disember 2010
3. Pertandingan keris 19 Disember 2010
Thursday, December 9, 2010
Pantun lama
Wednesday, December 8, 2010
Kefahaman.
Pegangan
Berhati-hatilah dalam berbuat sesuatu dan kerjakan apa yang diperintahkan oleh-Nya.Berdirilah didalam kebenaran dan berpegang teguhlah kepada keyakinan kita (Keyakinan Pada Agama Islam) agar selamat hidup didunia ini
dan mendapatkan kehidupan yang jauh lebih baik di akhirat kelak.
Hmbo bukan taksub dgn dunia yg baru hmbo ceburi tp utk hmbo mengenali supaya hmbo mengerti sbelum hmbo melangkah ke dunia yg lebih nyata krn disini terselit ilmu2 ketuhanan yg perlu hmbo difahamiakan usul sesuatu kejadian.Krn telah mnjadi hakNYA dlm pencitaanNYA didlm sesuatu kejadian.
.
Alam Mistik
‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.’”
"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."
Monday, December 6, 2010
Awal Muharram
Bagi yg mengamalkan ilmu2 persilatan dan sebagainya bulan ini dinamakan bulan pengash ilmu.Tidaklah hmbo ketahui akan lebih lanjut mengenainya krn hmbo kekurangan ilmu.Eloknya disambut dgn amalan rohaniah bg memantapkan akidah dan amalan.Usahlah terlalu taksub dlm duniawi sehingga kita leka akan ketetapan hidup.
Sbagi renungan yg terjadi pd shabat hmbo yg sanggup beramal krn ilmu persilatan mahupun perubatan utk mengasah ilmunya dgn puasa dan sembahyang tahjud tetapi amat malang krn melupakan / meninggalkan suruhan WAJIBnya.Sembahyang 5 WAKTU diabaikan.
Saturday, December 4, 2010
Kerenah bersilat
Thursday, December 2, 2010
Perihal keris dan rahsianya
Sesungguhnya telah aku tinggalkan kpd kamu sekelian suatu yg jika kamu brpegang teguh dgnnya nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya iaitu KITAB ALLAH da SUNNAH2 NABI (riwayat Al Hakim )
Dari cerita shbat yg arif tentang keris bercerita pd hmbo,jadi hmbo pun kabarkan utk bersama agar berkongsi cerita dan kalau nak bahaskan pun elok jugak,maka berceritalah shabat hmbo pd hmbo,berbunyilah:-
Kalau baju nya merah, untuk perang dan jaga rumah..Garang katanya jika memiliki atau berbaju merah nie.Petuanya pulak dr shabat hmbo kalau nak balik kampung(rumah kosong)cabut kan dan letakan mata nya menghala ke atas,di ruang tamu,katanya......hmbo ringkaskan krn takut ada yg salah tanggap akan membuat si pencoroboh akan gentar.Lebih kurang begitulah.
Kalau kain nya,kuning ianya untuk berubat sahaja.
Apa yg hmbo tuliskan nie hanyalah utk pengetahuan hmbo supaya hmbo tahu akan rahsianya shj.Usah terlalu taksub krn sehebat2 manapun kita PASTI akan kembali ke tanah. Kajilah dan ambilllah ilmunya utk manafaat jgn sampai merosakkan akidah.Bertanya dan pelajarilah ilmu dr yg benar2 tahu jgn sampai merosakkan akidah.
kata2 dr seorang Ustaz mengenai harta warisan ini:-
Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.
Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.Warisan Melayu bukan warisan Islam. Tidak rugi membuang warisan Melayu yang bercanggah dengan agama Islam dan mengekalkan warisan Islam.
TIADA SUATU PUN YG MAMPU MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT KECUALI DENGAN IZIN ALLAH.
Wassalam wallahualam.....
Wednesday, December 1, 2010
KekuasaanNYA..
Minyak Kambing Gurun
Buat shabat2 yg bertanya bolehlah terus menghubungi Cikgu Nasir.Hmbo pun dah beli,simpan utk kegunaan sendiri.Dengan harga yg berpatutan dan mampu memilikinya.Buat shabt2 yg bersilat elok simpan satu utk menyapukan pada sendi2 selepas bersilat.Minyak nie dah lama hmbo dengar kebaikanya.Kita hanya berusaha yg memberikannya tetap ALLAH.Jadi perlu jugak usaha selain berdoa.Jangan lepaskan peluang yg ada.Khabar2kan pada shabat2.
Kegunaan minyak ini telah byk terbukti jika membeli yg asli.Antara kegunaan yg hmbo ketahui dr Cikgu sendiri dan shabat2 adalah untuk :-
- penyakit astma/lelah- sapu pada bahagian leher
- patah/terseliuh
- luka-luka kecil
- jagoan lelaki