Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Tuesday, August 23, 2011

diKTatOR aKaN jAtUH saTU pErSaTU

 sumber2 dr blogger MSO

 Apabila membaca mngenai diktator seperti yg tercatit dlm blog MSO ada benarnya.Semuanya kerana tamakkan harta dan pangkat.Apatah lagi jika negara berada dalam telunjuk laknaktullah yahudi dan amerika.Kerana bangsa inilah yg akan mngambil kesempatan dalam mempecah belahkan umat2 Islam khususnya supaya kite tidak bersatu dalam satu kalimah.Lihat sahaja yg terjadi di negara kite.Sedih tak habis2 dengan agenda politik masing2,hingga sesama Islam bertelagah,patutnya kite rujuklah pada Al-quran dan sunnah2 NABI yg perlu kite warisi.Letakkan ISLAM pada martabat yg tinggi,pasti jalan penyelesaiannya mnjadi satu iaini ISLAM.....renung2kanlah apa yg telah terjadi dinegara Islam diluar sana,contoh dah ada...dimana masa depan anak2 kite akan datang kalau kite tak bersatu kerana ISLAM

Melihat keadaan yang berlaku di Libya kini umat Islam berada di dua persimpangan dan jadi serba salah. Atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan umat Islam merasakan tindakan Gaddafi sebagai diktator dan pembunuh manusia lain satu yang zalim, perlu disanggah. Justeru tindakan menjatuhkannya menerusi pemberontakkan disokong.

Tetapi dalam konteks kedaulatan sesebuah negara itu apa yang berlaku di Libya atau Iraq itu sesuatu yang sungguh menjijiknya kerana ia didalangi oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Tidak ada hak atas apa jua alasan untuk negara lain mencampuri urusan negara lain. Negara lain hanya boleh bersimpati dan memberi bantuan kemanusiaan bukan bantuan ketenteraan.

Walau apa pun yang berlaku di dalam kedua buah negara itu Amerika tidak sepatutnya campur tangan. Apa lagi atas alasan prinsip kemanusiaan itu hanya bohong dan dongeng berlaka. Apa yang perlu disedari Amerika tidak akan berbuat begitu kalau bukan 100 peratus bukan demi kepentingannya. Apa yang Amerika cari dan harapkan di Libya sama dengan apa yang diimpikan di Iraq untuk menguasai telaga minyak.

Amerikanlah yang menjadi dalang di sebalik pemberontakkan di kedua buah negara itu. Baik di Iraq atau di Libya kini dan di beberapa buah negara lain kedudukan dan peranan Amerika sangat jelas. Amerika tidak turun sendiri secara fizikal tetapi berlindung di sebalik gerakan tertentu menghasut dan memberi semangat kepada rakyat negara berkenaan agar bercakaran sesama sendiri. CIA adalah agen utama Amerika yang melaga-lagakan di antara satu sama lain.

Semua negara harus belajar dan mengetahui peranan dan sikap syaitan Amerika ini.

Kita tidak setuju dengan penbunuh manusia dilakukan Saddam dan Gaddafi, tetapi apakah kita bersetuju dengan penjajahan dan penguasan Amerika ke atas negara yang penduduknya umat Islam? Saddam mempertahankan kedudukannya sehingga membunuh manusia lain kerana ingin melindungi negara dari dikuasai oleh Amerika Yahudi. Begitu juga dengan Gaddafi yang kini dalam keadaan genting.

Seburuk-buruk dan sejahat umat Islam yang menentang puak yang tidak sealiran dengannya namun mereka tetap Islam dan masih juga bersyahadat kepada Allah dan Rasullullah.

Keduanya- Saddam dan Gaddafi mengambil jalan dimurkai Allah atas alasan untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka tidak mahu kuasa asing menjajah mereka sekali lagi. Cuma silapnya Saddam dan Gaddafi, mereka mengambil jalan kejam membunuh rakyat sendiri yang berbeza pendapat untuk menentang kemungkaran. Itu saja kesilapannya.

Kalaulah mereka tidak mengambil jalan itu mengnyahkan sifat diktator dari diri mereka, bersikap adil dan saksama kepada rakyat mereka tidak akan menjadi hina, sebaliknya akan dipuja rakyat sepanjang masa. Dunia Islam akan mengagungkan mereka sebagai mujahid moden. Mulanya mereka sudah berada atas landasan dan perjuangan betul tetapi kerana gagal mengawal nafsu akhirnya membawa kemusnahan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment