Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Thursday, October 13, 2011

bERgUrU..


Hari nie mcm selalu jugak,kerja mcm tk kerja jadi rutin harian meronda dlm blog shabat2 sambil tu mngambil kata2 shabat utk mnjadi rujukan dan panduan diri yg masih mncari sesuatu dkm kehidupan.Ambo singgah pd blog http://tokuban78.wordpress.com/ bila membaca kata2 beliau ambo rasa ada benarnya krn zaman skrg nie jauh bezanya dgn kehidupan dulu2 dr segi beradap dll jauh benar ditinggalkan.

Kenapa orang tua jadi kedekut bila kita hendak menuntut ilmu dengannya? Kadang-kadang mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang dimilikinya itu. Bila kita minta ilmu yang kita hajati, hanya jawapan ‘tak tahu’ atau ‘ambo tak dok ilmu tu’ atau ‘ dulu ado, tapi loni ambo tak ingat dh ‘ yang keluar dari mulut guru tua, padahal dadanya umpama gedung ilmu. Kalau kita datang dari jauh, maka pulanglah dengan tangan kosong. Kenapa mereka tak bagi? Apa silap kita? Pada pemerhatian Manira yang amat kerdil ini, selain tiada kelayakan banyak sekali sebab-sebab yang lain. Akan tetapi sebab yang paling besar kenapa kita tidak diterima menjadi muridnya adalah kerana kita ini TAK TAHU ADAB MENUNTUT ILMU DAN TAK RETI MENGHORMATI GURU.
Ramai orang zaman sekarang sangat meminati akan ilmu yang sebegini, akan tetapi yang menjadi kecacatannya adalah kerana mereka ini tidak beradab dan tak pandai mengambil hati guru tua. Sukalah manira memberi ingatan akan sesama kita, bila hendak berguru maka HENDAKLAH KITA MEMULIAKAN GURU KITA, BERI SALAM DAN CIUM TANGANNYA, MANIS WAJAH DAN LEMAH LEMBUT KELAKUAN KITA DI HADAPANNYA, BILA GURU BERCAKAP ATAU MENGAJAR KITA DIAM,  JANGAN MENYAMPUK KATA-KATANYA, JANGAN TUNJUK LAGAK DAN PANDAI DEPAN GURU, BILA HENDAK BERTANYA, MAKA TANYALAH DIA DENGAN BERADAB, GUNAKAN BAHASA YANG PALING SOPAN, RENDAHKAN SUARA SEADANYA.
Ingatlah pesanan alim ulama bahawa “adab itu di atas ilmu”. Ini memberi erti bahawa berkatnya ilmu yang dipelajari itu adalah berpunca dari adanya adab, sopan santun. Sebelum menuntut ilmu, tuntut dan perkemaskan dahulu ilmu akhlak, adab, sopan dan santunnya.

No comments:

Post a Comment