Bergeraklah panglima dengan keris mereka yang berzikir sentiasa. Bergeraklah Paduka Baginda bersama keris baginda yang berzikir bersama. Dalam bersilat, dibuka langkah dan bagi panglima, bersilat didalam lam alif ataupun lam jalala. “Selamatlah mereka yang berlindung di dalam lam alif Ku.” Langkah lam alif dilakarkan dan keris digenggam bersama zikirnya dan berpegang kepada Adab yang begitu erat dengan petua, maka, indahlah segalanya. Bermula “Dengan Nama Allah”, “Bismillah”, berzikir semuanya, dan pada ketika itu juga, yakinlah Tiada tuhan Disembah Melainkan ALLAH.
Blog Gobok Kaiban diilhamkan oleh ambo dlm mencari peninggalan sejarah MELAYU LAMA utk ambo mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan ambo dlm sejarah warisan nenek moyang ini.Tak ada niat ambo utk menokok tambah mahupun menunjuk kepandaian ambo dlm ilmu2 warisan nenek moyang.Apa yg ambo ketahui ambo rujuk pd sumber2 sejarah selain mencungkil rahsia pd org perseorgan.Jika ada artikel ambo yg salah dan kurang senang ambo dgn rendah hati mohon di perbetulkan dan ambo mohan maaf diatas kecetikkan ilmu ambo.Sama2lah kita mewarisi dan mencungkil RAHSIA peninggalan warisan nenek moyang supaya tidak hilang ditelan masa ataupun dilupakan sebegitu shj.Ambo berbesar hati jika ada dikalangan shabat2 yg sudi memberi cerita mngenai ilmu warisan peninggalan MELAYU LAMA utk kita sama2 berkongsi cerita dan pengetahuan akan RAHSIA yg terselindung.
Kita semua rindu akan jejak asal dan usul permulaan kita. Walaupun ade yg mengatakan, tiada jalan asal tanpa meneroka alam usul.

Untuk meminati harus HATI berjiwa seni,
Untuk mendalami harus MAHU menjelajahi
Untuk menghayati harus SABAR mengerti
Untuk menghayani SELALU menjiwai

Asas pengetahuan yang kuat harus ada
Bila dah kenal baru tahulah akan dia
Janganlah lupa sejarah perjalanannya
Untuk memahami harus menjiwainya

Tidak bergerak satu zarahpun kecuali dengan izin ALLAH

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/bismillah.jpg?w=233

Maha Suci Mu Ya ALLAH,Yg Maha Besar Sebesar2NYA dan segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH dengan sebanyak2nya. Maha suci ALLAH siang dan malam,ku hadapkan mukaku kepada yg menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Mu Ya ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang2 yg menyekutukan Mu Ya ALLAH.Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Mu Ya ALLAH seru sekalian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Mu Ya ALLAH.Dan dengan demikian aku ditugaskan dan aku adalah dari golongan orang2 islam.




Pesanan ambo :-Berhentilah berkelahi sesama kita.Berhentilah saling tuduh menuduh menunding jari antara sesama.Bantulah dan bimbinglah mereka yang bersalah dan tersalah Bersamalah kita tegakkan syiar Islam dan pesan Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang saling berkasih sayang dan berperasaan antara satu sama lain dan kita akan lebih teguh dan kuat.

Tuesday, December 20, 2011

PrOmO LUahaN hAti.....

gambar tiada kena mengena dgn catatan dibawah hanya kata2 dari gambar yg memberi pengertian yg amat bermakna

Hari nie terbaca promo luahan hati dari blog Cikgu Hairul...bukan menyokong ataupun membantah tapi itulah kenyataannya.Kenapalah kisah melayu nie tak tamat2,Sama2 kite renungkan dimana kite letakkan asas perjuagan dalam membela nasib Agama,Bangsa dan Negara kite?

promo luahan hati dari blog Cikgu:-

Siapa pernah belajar silat? Saya rasa memang ramai orang Melayu yang tahu bersilat dan pandai silat. Pernahkah kita diajar untuk menyerang orang tak tentu pasal? Kalau ada pasal pun, jalan perundingan kan lebih baik. Kalau seorang Guru Silat mengajak anak muridnya berperang menentang penjajahan negara itu tiada pelik bunyinya. Tapi kalau seorang Mahaguru Silat mengajak anak muridnya berperang dengan orang awam yang menuntut haknya ini namanya PENGECUT!.

Kalau belajar silat cuma untuk menjadi bongkak, simpan je la ilmu tu bawah tapak kaki. Tak layak pun digunakan. Lagi tak layak untuk diajarkan kepada anak bangsa. Menjahanamkan bangsa dan agama lagi ada.
Bila pertubuhan silat dijadikan alat politik dan penyelamat kedudukan sesorang, sudah tiada makna belajar silat. Kita boleh tengok mana-mana pertubuhan silat yang menjadi alat politik dan menjilat ahli politik dimana tiap-tiap kali ada event mesti ada seorang dua menteri dapat anugerah. Tak pun menteri-menteri tu akan jadi VIP pada majlis tu. Kalau menteri tu salah seorang ahlinya tak apa la juga. Dah la bukan ahli, dapat anugerah mengalahkan guru silat sendiri. Nampak sangat nak menjilat.
Sekarang nampaknya ahli silat melayu dah kurang yang memakai resmi padi. Masing-masing nak pelepas diri. Dah jadi resmi lalang pun ada. Tak kurang yang mengikut resmi sabut. Semua ada kepentingan tersendiri. Penat lelah pengasas ilmu seni beladiri menyusun langkah agar anak muridnya menjadi orang berguna. Bukan sebagai penjilat menteri atau berbangga diri.
Saya ada segenggam.  Cuma secekak bukan segantang. Tak perlu pun ditunjuk-tunjuk. Berdoa semoga tidak terserempak dengan musuh. Bukan musuh yang dicari. Bukan musuh sedarah dan seagama yang diperangi. Ilmu ini ibarat seekor semut di atas seketul batu yang hitam diwaktu malam yang gelap gelita

1 comment:

  1. Casino of Las Vegas, NV - Mapyro
    Welcome to Casino of Las Vegas, where you 당진 출장안마 can play, relax, and have a laugh with all the slot machines, table games, and live entertainment you love! Rating: 정읍 출장샵 7.4/10 · ‎2,896 양산 출장안마 votes · ‎Price range: $32-60How is Casino of Las 광주 출장샵 Vegas rated?What 의왕 출장마사지 days are Casino of Las Vegas open?

    ReplyDelete